Gua pernah terbaca dekat satu blog terkenal, kalau nak tingkatkan traffic blog,kau kena banyak tulis pasal isu-isu semasa.Tutorial-tutorial yang berguna.Isu-isu yang menarik.Sebab tak ada orang nak baca entri-entri yang kau tulis pasal kehidupan seharian kau.Seolah-olah,kau baca Utusan cerita pasal pada suatu petang Rasyid Sidek beli sehelai kain batik dekat Langkawi..Tak global kan?
Setelah dua tahun gua tulis blog, gua masih lagi menulis tentang diri gua,gua makan nasik minggu lepas lauk apa,gua joging dekat tasik ada ramai makwe ke tidak,pendapat gua tentang makwe-makwe pakai legging dan binatang apa keris di kaki.
Kesimpulannya,gua langsung tak peduli dengan traffic blog atau sehari berapa kali Rosmah Mansur bukak blog gua.Gua tulis untuk kepuasan gua.Gua selesa dengan cara gua.Dan kalau ada sesiapa yang rajin nak baca blog gua,gua cuma boleh ucap terima kasih sahaja.
Semalam,blog gua telah menyambut hari jadinya yang ke-dua.Maknanya,kalau gua belikan kek pisang untuk blog gua,gua kena pacak dua batang lilin atas kek.Tapi disebabkan blog gua tak pandai tiup lilin hari jadi,gua cuma hadiahkan baju baru kepada blog gua.Dah setahun rupanya tak tukar layout baru.Jadi gua ada bukak album Facebook gua untuk mencari gambar gua yang paling smart sekali ,tapi memang tak ada.Oleh itu,gua terpaksa bukak album Facebook member gua lalu merembat apa-apa yang patut untuk diletakkan di kepala blog.
Gua harap masuk umur 5 tahun,blog gua belum pandai buat akaun Facebook lagi walaupun dah mahir baca tulisan jawi.
.
8 comments:
Kahkah. Sial. Terkejut aku bukak tadi
aku ingat ni blog hemo..kah3 cilake..
kenapa comel lain macam je jadinya blog ni.
bru pollow belog dak setan,,tetba hilang,,,tukar nama upanya,,=p
gori.asip..
ini blog kolobrasi gua dgn hemo.Blog gua tulis,gambar dia gua rembat satu..
broken..
pernah ke blog ni x comel?
epitome..
nama budak setan tu,memang poyo nak mampos..
gua tak suka langsung..
kahkahkah kepala ballsack punya budak.. jgn letak gamba ak bleh x?.. -mo-
x boleh la sayang....
nak letak jugak...kah3
sumpah baru buka!
aku suka yg lama..
yg nih mcm knak2!
lu dah jd mcm filem2 sequel holiwud ke? makin btmbah sequel makin ke blkg cetanya?
heeee..tp xpa..lu pny blog lupny psal..
gua skong lu pa2 hal pon!
Post a Comment