Masuk tahun keempat gua belajar,gua memang sudah masak dengan satu teori budak-budak universiti.
"Kalau nak cari makwe masa duduk dekat universiti ni,engkau kena masuk banyak event luar.Baru la kau bercampur dengan komuniti makwe-makwe luar yang lebih ramai dan tinggi potensinya.Tak ada la kau tersangkut dengan market makwe-makwe classmate yang kau tengok hari-hari."
Minggu lepas gua ada turun MElaka dua tiga hari di bawah satu event yang agak besar kiranya.Dan apa yang mengecewakan gua,populasi makwe-makwe pada event tersebut memang gagal.Nak tunjuk terer buat kerja pun tak ada inspiring factor. Mugkin juga event tersebut berlangsung atas tema Engineering,makwe-makwe yang hadir juga lebih bersifat mekanikal dan teknikal.Contohnya,makwe yang suka main minyak hitam,makwe yang tekan pedal minyak rapat ke lantai di laluan pejalan kaki,dan jenis pegang spanar punya makwe.
Sepanjang event tersebut keseluruhannya,makwe yang palin cun dan yang paling makwe sekali jatuh kepada makwe bancuh air yang meniaga ice blended dan kerepek Twisties di bahagian jualan makanan.Boleh jadi anak kepada pengusaha gerai makanan ringan agaknya.Sampaikan dalam sehari gua rasa nak beli ice blended sampai tujuh kali,nampak sangat makwe-makwe event memang gagal.
Tahun depan gua nak try masuk event tarian kebudayaan ataupun pertandingan menjahit.Masuk umur 23 kalau gua tak kahwin-kahwin lagi tak tahu la nak cakap macam mana.Theory rejected.
.
No comments:
Post a Comment