Tuesday, March 29, 2011

If I were an international student,from which country am i looks like?

Petang itu entah macam mana waktu gua sepak bola bertembung dengan waktu tidur petang.Memang sudah jadi pantang gua sebenarnya tidur selepas Asar ni.Pada gua,tidur selepas Asar ni kecuali kalau kita ada penyakit kronik seperti buah pinggang atau gaut.Ataupun luka parah ditembak di dada.Jadi,petang itu gua jadi menggelabah bila terjaga tidur lebih kurang pukul 6 suku.Mengenangkan tanggungjawab dan amanah gua sebagai pemain bola sepak kelahiran Pahang,gua segera menuju ke tandas untuk bersiap-siap bermain bola.


"Ini tingkat berapa haaa...?,"tegur seorang lelaki asing tiba-tiba ketika gua sedang merenung wajah Farid Kamil di muka cermin sinki.


Gua jadi pelik.Gua belum pernah terserempak dengan lelaki asing tersebut di mana-mana sebelum ini.Mungkin orang luar barangkali.Boleh jadi jugak orang Kedah.Entah macam mana beliau boleh tersesat ke dalam rumah gua.Tetapi disebabkan gua baru 3 minit bangun tidur,gua jadi malas hendak menjawab soalan lelaki asing yang tidak tahu mengira tangga itu.Lagipun sudah menjadi lumrah insan yang lemah untuk malas membuka mulut sebaik sahaja bangun tidur selepas Asar.Oleh itu,gua cuma tenung lelaki asing tadi lama-lama.Lelaki asing tadi mula terketar-ketar lututnya.



"Ooo sorry..excuse me..What floor is this..,"tanya lelaki asing itu semula.


.
Gua tumbuk cermin sinki sampai pecah tiga.Wajah Farid Kamil yang tadi sedang tersenyum,meretak-retak pada setiap serpihan kaca.

.

4 comments:

Unknown said...

macam presiden zimbabwe...

.Gory. said...

Kahkah. Dia tengok lu pulak rasa lu macam orang asing.

Anonymous said...

overboard!
btw, farid kamil ensem ke smpi nak compare urself dgn dia...heee

Roronoa said...

athirayao...
ok la dr justin bibir...

gory..
mana lu tau?
lu bukan ada dkt situ..

anon..
kah3...