Friday, March 25, 2011

Bahaya tengah malam! (episod 3 - Menjelang Pagi)

Jumaat penghulu segala hari.Hari yang penuh keberkatan.Tidak baik menipu pada hari Jumaat.Apatah lagi berzina.Dan memotong kuku itu adalah sunat.Dan hari ini hari Jumaat.Pagi-pagi lagi Ramli sudah bangun.Namun,pagi Ramli itu masih diluar waktu Subuh.Dan bangun-bangun RAmli itu,terpisat-pisat dia menuju ke arah komputer ribanya di penjuru bilik terlebih dahulu.Bukannya mahu membaca doa.Alih-alih Facebook juga yang menjadi bekalan mengharungi keberkatan Jumaat.Ramli RAmli..Jangankan soal ibadat,kebersihan diri pun Ramli tidak terjaga.

"Ya Allah....Apa yang aku dah buat malam semalam...,"pekik Ramli teringatkan Tuhan tiba-tiba.Dia seakan tidak tentu arah.Sekali pandang macam hantu Kak limah.Sudahlah rambutnya kusut masai.Matanya bengkak kerana tidur lewat malam semalam.


"Itulah....Gua dah pesan pasal bahaya tengah malam..,"jawab gua sedikit menyindir di telinga Ramli.


Ramli cuma diam.Tidak senang duduk dibuatnya.Sebentar dia memaki diri,sebentar dia berjalan ke sini sana.Mungkin penat agaknya,barulah Ramli berdiam di kaki katil.Dia termenung jauh.Fikirannya mungkin sedang menerawang memikirkan ketelanjuran dia semalam.Sudahnya,dia menuju semula kearah meja,lantas segera membuka laman web Facebooknya.Dia mahu menebus dosa malam semalam.Ramli tidak mahu mengimbas luka lama.Andai memang tidak hilang parut di hati,sekurang-kurangnya luka tidak berdarah lagi.

Ramli nekad.Dia sudah meludah lantai dahulu.Dia sendiri tidak faham bagaimana dan mengapa dia sanggup menjilat ludahnya semula semalam.Mungkin betul kata pujangga tentang bahaya tengah malam.MAnusia mudah menjadi alpa pabila tengah malam menjelma.Dan hari ini,Ramli akan meludah kembali ludahnya yang entah kenapa dijilat semula semalam.Tidak cukup sampai di situ,akan dikerat lidahnya halus-halus tidak bersisa.Biar ditiup angin sehingga ke hujung dunia.Supaya dia tidak mampu menjilat semula ludahnya nanti.Memang sudah lumrah ludah itu tempatnya di lantai.Jadi biar ia kekal di lantai.

"Sorry ok...Aku tak teringin langsung nak tengok muka kau laa sampai bila-bila...F**k you betina jalang....Yang semalam tu bukan aku..Itu member yang aku maen-maen..Lupa logout semalam..LOL..." -Ramli,via Facebook private message.

.

.

"Macam tu la Ramli...Baru la gentle....," puji gua sambil bertenggek di bahu Ramli.Tangan gua yang kotor berdarah itu mengusap-ngusap rambut Ramli.Puas hati gua kiranya dapat membantu seorang anak Adam.Gua ketawa berdekah-dekah.Begitu kuat ketawa itu,sehingga hampir terjelopok jatuh dari bahu Ramli.Mujur kuku kaki gua yang panjang melingkar,sempat mencengkam bahu Ramli lebih kuat.Lebih dalam.Dan gua ketawa lagi.


Ramli senyum bangga.Dia tersenyum puas.Sememangnya Ramli tidak gemar bercinta.Bukan RAmli sahaja,sebenarnya semua lelaki memang tidak gemar bercinta.Ramli cuma ada masalah dengan tidur petang.

.

5 comments:

Unknown said...

ye ramli hebat!

.Gory. said...

Kahkahkah...gila babi imagination syaitan lu dalam cerita ni

Sang Harima said...

Doh tu, bila Ramli nak qadar subuhnya?

mogobja said...

LOL? HAHAHAHA

Roronoa said...

athirayao..
x pon..ramli xsuka becinta sebenarnya..

gori..
gua xmaen politik..gua main syaitan terus..

harima..
mcm biasa la..kena tggu positiv HIV baru ingat ke taubat..

mogobja..
ramli pon nak stylo2 jugak...LOL