Katakanlah ini cerita tentang gadis A..OK.Ini bukan 'katakanlah'.Ini cerita benar.Gadis A adalah seorang wanita yang agak cantik.Tetapi gadis A tidak gemar bersosial tidak tentu hala.Tidak suka bercampur gaul dengan lelaki bukan mahram.Pergi kelas pakai stokin.Tak suka pakai ketat-ketat.Akaun Facebook entah ada ke tidak.Member lelaki satu group assignment mintak nombor telefon pon bukan main berat lagi nak bagi.Pendek kata,ini bukan cerita tentang wanita murahan.Ini cerita tentang tentang bunga liar tidak terusik yang mekar harum di hutan dan sukar dihinggap kumbang.
Seorang member aku pernah cuba masuk line nak mengorat Gadis A..Dan bercakap tentang bunga yang tidak pernah dihinggap kumbang ini,kompem-kompem member sorang ni tak dapat.Setelah lebih setahun berusaha tanpa apa-apa reaksi positif,ternyata Gadis A memang anti kepada perkataan cinta agaknya.Walaupun pada aku,membe aku ni bukan kumbang yang biasa.Kumbang ni ada Proton Satria kaler kuning.Sembahyang lima waktu pun cukup rasanya..Tapi kejadah apa bunga ni liar sangat?
Baru-baru ini,aku ada terserempak dengan Gadis A tengah berjoging dekat tasik..Tapi dia bukan seorang.Dia berdua.Sudah tentu bukan dengan member gua tadi.Tapi dengan seorang mamat lain.Aku syak kalau dah berdua ni sudah tentu bercinta.Dan pada pemerhatian aku,okeyla mamat tu memang handsome.Tinggi.Rambut pacak..What the fuck..?Dulu baik sangat..Tegur lelaki pun payah..
Aku bukan marah sebab GAdis A tak pilih member aku.Bukan sebab dia dah berubah gila babi.OK.Sebenarnya aku tak marah pun..Bukan hak aku nak marah.TAk ada kena mengena dengan aku.Sebenarnya aku tak kesah pon..Cuma aku nak menyampaikan satu message..
OK.Di luar konteks Rasulullah dan para sahabat,aku memetik semula kata-kata sapa-sapa tah aku tak ingat..Ayat dia pun aku reka balik laa...
"Every person in this world have their own prices..Never say no.Either i'm not offering you enough,or you are not on sale YET.."
Semua orang boleh cakap diorang ada harga diri.Ada maruah.Tapi bila sampai satu masa engkau ditawarkan dengan 'harga' yang tinggi,kau akan nampak....
-Tok bilal pon kadang-kadang termakan godaan janda bergetah..
-Pemimpin negara Islam pun mengeluarkan lesen arak demi mendapatkan cukai yang tinggi untuk memajukan ekonomi negara.
-Gadis A pun kalau kena lelaki yang pandai mengayat dan berambut pacak,dapat jugak buat steady girlfriend..
-Tauke kedai menjual alatan sembahyang pun merompak bank kalau dah tak ada duit nak bayar duit pembedahan anak yang kena kanser otak..
Yeahhh..Nampak tu..You have your own price..So do I..Either it is over expensive or extremely cheap..
Mungkin gadis A nak lelaki yang berambut pacak dan ada Inspira 5 bijik..Mungkin Gadis B cukup dengan lelaki yang ada Honda EX5.Mungkin Bohsia C cukup dengan belanja roti canai sudah boleh bawa masuk hotel.Dan mungkin Gadis D lebih percaya kepada pujukan kata-kata cinta indah untuk diajak berzina..
Thats it..Jangan berlagak cakap maruah kau tinggi.Orang tak boleh beli kau dengan duit.Belum kena batang hidung kau..Akan sampai satu masa,kau akan letak harga pada diri kau.Tinggi atau rendah ,demand atau tak demand aku tak perlu tahu.Tapi jangan letak harga lambat sangat..Nanti orang beli yang lain..Dan kau akan gugur membusuk tak laku..Tak market.Fuck you..
.
.
.
Kalau MAnchester United berkeras jugak nak beli aku untuk saingan EPL musim depan,aku letak harga USD70 juta..Lagi satu syarat,aku taknak main sekali dengan Evra..
.
7 comments:
aaaa. suke hok ni! semat.
mamat tu abang dia la. abang yang setahun lebih tua dari dia.
be positive !
kahkahkah !
Serius ngat entri aok ni padil. Rilek la. Pompuan tu memang taknok ke aok la tu. Rilek rilek.
mogobja..
true story.....serious!
koroe..
mana ada orang nk berjoging dgn abang dkt u zaman2 nano teknologi ni weyhh...
gory..
gua tak ada Satria kaler kuning bodoh...
ini cool. neway, gotcha already.
gadis A tu sakit gua syak.. tapi lu lagi sakit lah.. sakit jiwa..
banyak lagi gadis2 diluar sana.. budak2 baru abis spm tahun lepas pun ramai.. cari yg result teruk2 sket..
athirayao..
dah lama gua perasan,gua mmg cool..
asip..
mmg gua nk cari makwe y repeat paper julai pon...
-org RTM-
Post a Comment