Tuesday, February 22, 2011

Selepas Subuh

Tidak seperti pagi-pagi yang biasa,pagi itu salji tidak turun.Cuaca sangat baik.Udara berbau hujan dan embun jantan masih melekat di hujung rumput,lalu habis dimakan oleh sekawan ayam kampung.

Pagi-pagi lagi gua dan seorang kutu sudah berjalan kaki meredah pagi yang dingin menuju ke kelas.Mujurlah tidak jauh mana.

"Lebih kurang sekali nyalaan rokok jauhnya..,"ujar gua tenang sambil menghalau sekawan ayam kampung yang sedang menghurung kasut.

Ketika gua masuk ke dalam lecture room,keadaan sangat lengang dan berbau darah.Seakan tidak berpenghuni.Gua dan kutu seorang lagi segera mengambil tempat duduk.Bimbang pula kerusi penuh nanti.Hari itu merupakan hari pertama gua pergi ke kelas dalam suasana seorang pelajar universiti.Rasa berdebar pula belajar dengan memakai t-shirt gambar naga dan telefon bimbit di poket.Zaman sekolah dulu selalunya time-time macam ni gua tengah ejas lencana kasi center dengan poket baju.

Dalam kepala gua masa tu cuma tengah pikir macam mana gua nak perkenalkan diri kepada kelas nanti.Nak pakai lagak Rosyam Nor dalam Samarinda ataupun suara Nash tarik chorus lagu Suci Dalam Debu.Tapi nanti nampak macam berlagak pulak.JAdi gua berkeputusan untuk pakai gaya Nora Danish."Kita enjoy...HikHikHik"..

"Angkak kaki sket dik.Makcik nok sapu hok bawoh tu..,"tegur seorang makcik cleaner pertengahan abad secara tiba-tiba.

Gua cuma tersengih sambil mengangkat kaki paras pinggang.Gua seluk poket,gua tengok handset.HAri Isnin pukul 7.40 pagi.Ada lagi 20 minit sebelum kelas bermula.

"Adik ni pelajo baru ke..,"tanya makcik itu seakan masih tidak berpuas hati..

"Aah..Baru masuk kelmarin..".Gua jawab sopan pakai otak.

"Biasa la tu mula-mula.....Makcik dah tengok ramai..,"komen makcik cleaner semula sambil memandang penyapu.Tangan tua makcik itu bebas menghayun ke kiri dan kekanan seakan sudah terbiasa.

Gua tersentak.Takkan sampai macam tu sekali.Dan apabila gua menoleh ,mata gua bertembung dengan mata makcik cleaner yang berkilau dengan naluri tidak percaya.


.

6 comments:

asip محمد said...

cerita kau ni tergantung ke sengaja digantungkan cilake?

Anonymous said...

hey! is it ur pic? first tyme i gues u post ur pic..hehe

mogobja said...

kacak nye abg pyol.. resah saye dibuatnye.. saye 'save image as ' la ye.. hik hik hik

Roronoa said...

asip...
gua tak sengaja sebenarnya...

anon...
no,its the 3rd time actlly..
first is class pic,2nd is in natrah...
but yes,it was my solo pic..
no longer exist now..haha..

saje melayan..entah2 lu ni gori y menyamar je...

mogobja..
gambar bersepah dkt fb gua..

Anonymous said...

heee..
sory! im not one of ur friend pon..
juz silent reader..

Roronoa said...

ok...
that's very very cool...
seryesly...haha