Monday, February 7, 2011

Maghrib di Mentakab

Sebagai seorang yang buta muzik,tak banyak genre lagu yang gua tahu.Boleh kata dalam banyak-banyak lagu English,sepanjang hayat gua cuma lagu Two Black Birds sahaja yang gua hafal.Itupun gua hafal masa Darjah Dua Durian Siam dulu dalam subject English Oral.Sapa tak hafal kena rotan,jadi, gua hafal.Lain daripada itu,memang gua satu haram tak tahu.

Oleh itu,gua berpegang kepada prinsip untuk tidak mengambil tahu dan stick kepada mana-mana genre muzik sama ada metal,black metal,pop rock,hip hop,balada,punkrock mahupun ulik mayang.Boleh kata minat gua terhadap muzik banyak bergantung kepada TV3 sahaja.Kalau lagu Faizal Tahir memang Anugerah Juara Lagu,gua terus hafal lagu Faizal Tahir.KAlau lagu Awan Dania yang menang,gua akan hafal lagu Awan Dania.Kalau lagu Anuar Zain yang menang,terus gua tak tengok Anugerah Juara Lagu sampai bila-bila.Lebih kurang macam tu.

Pada satu petang HAri Raya Cina dua tiga hari lepas,ramai orang tidak bekerja.Jadi,gua dan beberapa rakan lagi bertolak ke Mentakab untuk menghadiri sebuah gig yang dianjurkan berhampiran kawasan perindustrian.Sebagai seorang yang buta muzik tadi,niat gua datang ke sana sah-sah bukan untuk mendengar muzik.Gua cuma mahu mengambil pengalaman sebenarnya disamping memberi support kepada band member gua yang akan perform itu hari.

Memang itu gua punya first time pergi gig ni.Lantak la nak cakap kolot ke apa.Macam gua peduli.Sebenarnya,ramai antara kita yang malu untuk menceritakan "my first time story" ni.Kalau ada pun,banyak yang diwebsitekan seperti www.myfirsttime.com.Itupun pakai nama samaran macam Cikgu Suraya.Tiptop habis masa zaman gua sekolah dulu ni.Kehkehkeh..OK.Oleh itu,sekali lagu ingin tekankan,ini first time gua pergi ke gig...ehhh ehh..Malunya..

Masa gua sampai,ada sebuah band metal tengah perform.Dan apa yang gua perhatikan,band tersebut mendendangkan sebuah jeritan yang bertajuk entah apa benda gua tak dapat tangkap.MAcam yang gua cakap tadi,gua ni buta muzik.TAk tahu pula kalau ada not-not muzik tersembunyi yang dijeritkan mereka.Masa tu,crowd tengah melompat menari gila babi punya.Orang lompat atas orang.Orang angkat orang.Orang tanggal baju tunjuk tatoo.Orang lipat belakang.Orang tersungkur kena tindih member yang tengah lipat belakang.MAcam-macam orang.Semuanya seronok.Diorang paham la lagu tu agaknya.Gua tengok situasi itu tidak ubah macam situasi satu scene gig dalam movie Maut lakonan Que Haidar..Dah la Que Haidar bukannya hensem sangat.

Sebagai permulaan,gua cuma lepak-lepak tepi sahaja.Apabila seorang lagi membe gua yang baru first time jugak pegi gig menyendeng di sebelah,gua cuba lari kesebelah lain.Celaka.Gua pun first time jugak.Walaupun tak pakai baju band,tak adalah gua pakai baju kaler hijau fluoresent yang ada gambar katak.Semua orang tengok lah bodoh.Boleh kata dia seorang sahaja yang pakai baju kaler hijau dalam gig yang rata-rata semuanya berpakaian warna gelap.Avoid attraction.Berapa kali nak cakap.

"Mabuk la tuu...,"ujar seorang lagi membe gua yang dah banyak tahun pergi gig sambil menuding ke arah crowd yang tengah menari hilang akal.

Gua cuma angguk perlahan sambil mencucuh sebatang Dunhill..Sekali-sekala pergi gig,kena hisap rokok high class sket...


bersambung.....

No comments: