Sunday, February 6, 2011

Buku Saya

Pada zaman dahulu,gua ada membeli sebuah buku nota yang mempunyai 100 muka surat.Tak silap gua,masa tu dalam awal sem dua.Masa tu pengalaman gua dalam bidang universiti ni pun baru dalam 6 bulan.Fucking junior.Dekat Facebook gua pun belum ada lagi album bertajuk "Campus Life".

Pada mulanya,gua memang berfikir panjang antara beli tak beli kejadah buku nota tu.Pada gua,dia punya problem paling besar masa tu adalah bilangan muka surat dia yang memang sedikit.Pelajar-pelajar universiti ni dia punya nota bukan ringkas-ringkas macam nota Kemahiran Hidup.Apelah sangat kalau setakat menulis nota tentang kod nilai perintang mengikut warna masa kelas 3 Anggur dulu.Zaman universiti memang lain macam sket dia punya nota.Tapi,gua sedapkan hati gua untuk beli jugak.Agak-agak dalam tengah-tengah sem dua nanti kalau habis,gua akan cari buku nota baru.Ujar gua dengan penuh berkobar-kobar betul-betul dihadapan brader kaunter kedai buku yang berpeluh dahi itu.

Sekarang gua sudah masuk sem 6.Dan apabila gua tengok balik buku nota yang gua beli 2 tahun lepas itu,hati gua jadi runsing dan terluka.Dia punya nota suku buku pon belum penuh lagi.Fuck me...



.
Kesimpulannya,gua syak buku tu ada dalam 700 lebih muka surat sebenarnya.

.

3 comments:

asip محمد said...

buku nota tu macam buku limalima ke?

idora ilyanee said...

bole la simpan bg anak2 gune nt

Roronoa said...

kena beli ipad la mcm ni..
senang nk tulis nota..