Monday, January 24, 2011

The specialist !

Macam ni la senang..Gua bagi contoh.Kalau dalam bidang perubatan,mereka yang mahir dalam bidang ini kita panggil pakar bedah.Dalam bidang sukan olahraga pula,mereka yang mahir dalam bidang ini kita gelar sebagai olahragawati.Kalau dalam bidang sastera,kita panggil sasterawan.Tapi kalau pakar dalam bab-bab berzina,kita tak panggil mereka zinawati.Selalunya kita panggil mereka pelacur....

Emm..OK la.Kita panggil "wanita tanpa bimbingan ibu bapa".Karang kecik hati pulak.

Jadi,bersempena kepada peristiwa gua tunggu train balik Ipoh tempoh hari bukan main lama lagi,daripada duduk sahaja gua mengambil keputusan untuk membuat list nama wanita-wanita yang pakar dalam hal ehwal memakai tudung.


1)Makwe KTM Intercity kaunter 3,KL Sentral,syif petang.
2)Farahanim
3)Seriously gua tak kenal siapa.Gua cuma follow blog dia.
4)Tiz Zaqyah
5)tertib



Yess..Gua suka cara diorang pakai tudung.Perfect.Diorang boleh pakai apa sahaja jenis tudung.Ngam ngam soi..Cantik.Memang nampak bergaya.Paling penting,mereka menepati tema wanita islam kontemporari.Kalau tak difokuskan pada bahagian seluar yang ketat oleh segelintir mereka,bahagian tudung mereka sahaja dapat menggambarkan ciri-ciri wanita Islam moden yang bijak mengikuti perkembangan semasa.


Tapi untuk berlaku adil,gua telah menetapkan satu standard rasmi yang mana semua calon harus gua andaikan berada dalam keadaan memakai tudung feveret gua iaitu tudung bawal.Siapa-siapa yang tak tahu kejadah apa tudung bawal,boleh jenguk ke luar tingkap sekarang.Selalunya pada petang yang panas terik sebegini,katakanlah anda melihat ada 10 orang wanita sedang memetik bunga.Tolak seorang freehair,anda akan lihat ada baki 8 daripada 9 orang wanita sedang memakai tudung seperti seorang penyanyi indie yang popular dengan lagu Gadis Semasa.OK..Yang itu bukan tudung bawal..

Yess..They are better that way.Manis bertudung.Katakanlah kita tak kenal mereka langsung.Dan sekiranya diketepikan social background Tiz Zaqyah yang macam celaka,mereka diandaikan seolah-olah sangat suci.Innocent.Murni.Solehah.Tak pernah buat dosa.

Kalau diorang kena tangkap shoplifting,pada gua orang yang menuduh mereka itu nampak sangat kejam dan tak berhati perut.Kalau diorang bunuh kucing Parsi,gua akan beranggapan kucing itu adalah jelmaan jin atau saka Jentayu.Pada gua,diorang sangat menawan dengan cara sebegitu.Sekali lagi,suci.Mereka umpama bidadari.Pada bahagian belakang mereka ada kepak kecil berwarna putih.Apabila bulan mengambang,mereka terbang turun ke Bumi dan....OK.YAng ni melampau..


Tapi macam yang selalu gua cakap,ini pendapat gua.It has nothing to do with others.If you disagree,then it is definitely okey.Bright side,we are not sharing the same taste.Kita mungkin pernah berselisih bahu di pasar malam Keramat tetapi korang takkan menegur gua langsung kerana gua tidak menjeling sedikit pun makwe yang sedang korang pegang tangannya erat-erat macam gua teringin sangat.Ataupun,sekiranya isteri gua curang nanti,tiada pembunuh upahan yang akan menyerang hendap kepala korang dari belakang.I knew it was not you.Because,obviously we got different taste.We are not destinied to be enemy to each other.OK sekarang senyum..Korang dah selamat..Klikk..

Mesti korang nak cakap,"sibuk nak buat list..Macam kau tu hensem sangat.."...Kehkehkeh..
.
.
.
.
OK.Gua rombak balik list dekat atas tadi.Farahanim jadi nombor satu.Makwe kaunter KTM jatuh nombor dua.
.

7 comments:

Nisa Kay said...

heheh link blog sy ke tu???
:P

- koroe - said...

wanita skg bertudung dan berseluar ketat. kadang2 nampak panties. baju tak berapa nak cover body. memang sesuai ngan iklim meleysia yang hot. awek2 sume hot.

.Gory. said...

Fuyyoo...Farahanim menjadi public sekarang. Pengakuan berani!

mogobja said...

manes la awak ni .

Roronoa said...

nisa...
haha...ceh..kantoi jugak..

koroe..
sabar2...gua tau lu marah..
tp kita fokus pd tudung saje okkk..

gori..
fuck u..pengakuan apa ni setan..
kalau ko pakai tudung nampak lawa,ak xkesah nk list ko jd no satu..
tp tu laa..

mogobja..
ak mmg manis..haha

.Gory. said...

Tapi, kalau nampak lawa aku pakai tudung, kau nak list betol betol ke?

Sweet nye awak ni.

syed hafeez said...

ini kiranya tudungwati la ni kan?