Friday, January 28, 2011

City of God




Hasil kerja tangan dari sebuah negara Latin.City of God mengisarkan tentang perjalanan hidup mafia-mafia Brazil yang berdarah jenis AB dan gemar menanam pokok ketum di perkarangan gereja.Sistem pertanian yang jenis ikut suka itu membawa kepada semak samun di kawasan gereja dan mengundang kehadiran puluhan ular sawa batik untuk bersalin kulit.Hal ini juga mendatangkan rasa tidak puas hati dikalangan paderi-paderi yang sering terkeliru dan tersesat ketika menuju ke gereja akibat ketiadaaan GPS dan tidak mahir membaca kompas.

Klimaks cerita,rusuhan besar yang diketuai oleh 3 paderi utama Rio de Jenerio berlaku hebat di seluruh bandar selepas ketua paderi gereja tersebut mati dibelit ular sawa ketika bermain karom.Namun,konflik itu dapat dileraikan dengan kemunculan JAbatan Pertahan Awam (JPA3) cawangan Bentong yang berjaya menangkap kesemua ular sawa dengan tangan kosong.Tanaman ketum juga kini telah dimusnahkan dan digantikan dengan tanaman kobis bunga secara bonzai.Di penghujung cerita,mafia-mafia Brazil,paderi-paderi gereja,anggota JPA3 dan Rosli bin Biduk makan bersila di restoran sate HAji Samuri.Ketika itu,lagu rasmi JPA3 berkumandang nyaring di udara dengan membawa tema keamanan sejagat.Akhirnya,mereka semua hidup aman dan damai di puncak istana.


OK.Ni watak ketua mafia masa dia sekolah rendah.Nama dia Lil' Dice.Member nak merompak suruh dia cover line dekat luar,bosan punya pasal dia masuk jugak pergi bantai tembak semua pelacur sambil tersengih-sengih.Kepala hotak..Tak macam budak darjah 2 zaman sekarang ni,kena gigit kerengga pun mengada-ngada nak pergi klinik.


OK.Yang paling sebenarnya,cerita ni gua rasa memang A+ ..Pergi google and download sendiri.Lepas tengok kalau korang rasa tak best,ada baiknya korang layan cerita Ayoub dekat TV3 je.Mungkin pada peringkat umur yang lebih tua,taste korang akan sedikit berbeza.OK.Puerta de Ramires.Maffalos.





Memang sengaja gua letak gambar kecik-kecik.Kasi gua nampak seryes sket..Kehkehkeh..


.

No comments: