Gabungan tulisan daripada 4 orang blogger.Cover oleh Mael dan Nemba.Review :
Acap Rahman
satu lagi, jailani merupakan seorang pengumpul panti wanita. atau secara kasarnya jailani ialah, pencuri panti! habis panti jiran-jiran dikebasnya. tak kiralah anak dara, mak janda, bini orang, kurus, atau gemuk. koleksi panti jailani ada macam-macam jenis, bermacam-macam saiz. sebutkan saja. pasti semuanya ada. dari coraknya strawberi sampailah ke jenis polkadot....
Amalina Hamsan
namun kau diam dan kau terus kaku. ketika aku masih menanti dengan harapan yang tinggi, kau menyambung kata "tapi bukan untuk jadi gadis aku" kau bangun dan terus berlalu.terus pergi.tanpa sedikit pun kau toleh lagi.
Syed Hafeez
"Boyfriend dia ke call tu?" Lelaki itu bersuara.
"Tak lah,rapat je.Tak couple lagi pun" jawab perempuan itu.
"Apasal?" Tanya lelaki itu.
"Dah tak declare" Balas perempuan itu....
Pyol Muhammad
Aku ada sehelai jeans Levis 523 original.Di poket belakang sebelah kanan jeans itu ada dompet kulit BUM.Di dalam dompet itu pula ada sekeping lesen P.Di belakang kad lesen itu ada sekeping resit money witdhrawal Maybank yang sudah pudar dakwatnya.Di atas kertas resit itu aku tuliskan tiga nama.
*************************************************
OK.Sesiapa yang berminat dengan Koskenkorva,anda boleh dapatkannya pada harga RM5 dengan menghantar emel kepada pyol17@gmail.com(pyol tujuhbelas).Jika lokasi anda berada dalam radius dewan kuliah universiti gua dan Seven Eleven tempat gua membeli rokok,InsyaAllah gua akan cuba usahakan.Jika lokasi anda di luar radius pula,InsyaAllah gua akan paksa Amalina Hamsan atau Syed HAfeez yang usahakan.
Apa-apa hal,boleh emel gua.Jangan mengada-ngada nak tanya bukan-bukan dekat Facebook.GUa ada prinsip yang mengasingkan dunia blog dan dunia Facebook.Kalau lu orang degil jugak nak pakai Facebook,boleh tanya dekat inbox.Tapi jangan tanya banyak sangat.Gua sibuk nak berlatih PES2011 sekarang ni..
.
3 comments:
ada yg salah ni pyol. cek balik.
cek balik pyol cek balik. kahkahkah
baiklah...
Post a Comment