Tuesday, October 12, 2010

Anak jantan

Beelebammmm....

Afnan menghempas kuat daun pintu bilik Muhd Ashri macam seorang anak jantan yang tidak berakal.RAut wajahnya ada sedikit baran yang bercampur kecewa.Balkan Ortaminov dan Abde BArtowski,pelajar Uzbekiztan yang berada di bilik sebelah mempamerkan rasa kurang senang dengan budaya kurang ajar tersebut.Mungkin di negara asal mereka perangai Undertaker itu jarang dipraktikkan dalam rutin harian.

Berlainan pula dengan budaya orang Melayu kita.Gaji lambat masuk hempas pintu,,sakit gigi hempas pintu,mak kejut sembahayang Subuh pun hempas pintu,kadang-kadang makwe tak reply message pun nak hempas pintu jugak. Pantang silap sikit.Sudahnya syarikat membuat pintu milik Israel juga yang mengaut keuntungan.


"NAk maen PES macam mana?Dekstop Ash ada bubuh password..Dekstop Afiq ada tapi bilik dia berkunci plak..Habis kita nak buat apa sekarang ni Afnan?,"bentak gua pula sambil menghempas pintu peti ais lagak seorang anak jantan.


Kemudian ,gua bertinggung di ceruk dapur sambil menyalakan sebatang rokok.Baru pukul 5 petang.Selalunya waktu-waktu begini masih belum ada kutu-kutu yang turun bermain bola.Hendak tidur,bimbang nanti terbawa ke waktu Isyak pula.Boring jugak hidup ni sebenarnya kalau tak ada hobi.


"Entahlah.Aku ingat ,aku nak basuh pinggan la...
"ujar Afnan tak fikir panjang.Tangannya bingkas memulas kepala paip sambil melumurkan cecair pencuci pada pinggan-pinggan yang berterabur di dalam sinki.Beberapa saat selepas itu,Afnan terus hanyut dalam keenakan dunia rekaan berprinsipkan hak sama rata yang dituntut kaum wanita.Dan dia terus hanyut tidak kembali lagi.

Afnan MAhmud.Berdiri paling samseng di belakang,tak pakai tie,baju tak tucked in,gemar bersandar,dan ambil gambar secara sambil lewa.Masa ni beliau masih lagi anak jantan.


.

3 comments:

mogobja said...

hotnye afnan.

Fnd Rocka said...

Tak ramai yg boleh amik gambar sambil lewa yg nampak true camtu

Roronoa said...

magobja..
nnt gua kasi lu afnan punya nombor maxis..

fndrocka..
mmg tak ramai yang ade kemahiran mcm tu..kalau tak silap,dkt kedah cuma ada 3 orang..