Friday, October 22, 2010

HKL

Lepas gua balek Jengka petang Isnin lepas,sampai KL pukul 8 malam gua terus stop dekat Hospital Kuala Lumpur.Malam itu gua ditugaskan untuk menjaga abang ipar gua yang baru lepas kena operate.


Melalui pemerhatian gua,orang baru lepas operate ni makan minum semua pakai tiub salur ikut hidung,berbaring atas katil sepanjang masa,makan ubat 3 jam sekali,pukul dua tiga pagi nurse kejut tidur nak check tekanan darah,berat badan susut 10 kilo,nak pergi berak toilet depan mata pun berjalan guna tongkat ambik masa bukan main lama,bercakap sebutir gua tak paham,wayar berselirat bersambung masuk dalam badan dan kencing dalam bekas dari atas katil.


OK.Kalau berak boleh jalan pergi toilet.Tapi kalau kencing,apa pasal kena duduk atas katil sahaja?

Isu dia sekarang,apa pasal doktor suruh gua sukat isipadu air kencing abang ipar gua.Bukan sekali kencing.Tapi setiap kali kencing.Haa...Kenapa? Cuba jawab..


Maknanya dalam sejarah hidup gua,gua cuma pernah pegang air kencing dua orang manusia sahaja.Pertama,abang ipar gua.Kedua,gua.Perghhhh...


Kalau hari-hari macam ni,gua rasa barai jugak tulang belakang kalau dah 6 jam pekena tidur atas kerusi pelawat.Tapi sekali sekala bila gua terjaga dan renung abang ipar gua yang tak bermaya atas katil,gua jadi kesian.Memang kesian.Dan itulah sebab utama gua berada disitu sebenarnya.


Dan semenjak gua bergelar perokok tegar, itu kali pertama gua tiba-tiba rasa nak berhenti hisap rokok.

.

3 comments:

mogobja said...

gud! :)

Roronoa said...

gud x gud...
gua tulis ni sambil hisap rokok jugak...

mogobja said...

kang kene pgg aer kncing ag kang.. haa..