Thursday, October 21, 2010

dari Jengka pulang ke Jengka

Petang Ahad lepas gua ada menerima message daripada seorang schoolmate dari PAhang yang menyatakan bahawa bapak dia dah tak ada.Sebelum gua teruskan,apa-apa pun mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah bapa Ashraf Sahdan yang telah meninggal dunia pada petang Ahad yang lepas.


Memandangkan dalam poket gua cuma tinggal RM70 untuk kegunaan baki 8 hari lagi sebelum scholar masuk,mula-mula gua berat jugak untuk balik Pahang melawat apa-apa yang patut.Paling penting,malam tu kebetulan Hattan ada datang perform dekat U gua.Gua rasa tak sedap hati pulak kalau tak pekena lagu Mahligai Syahdu secara live dari tepi siku HAttan sendiri.Setakat ni paling live pun dalam bilik karaoke je.


TApi memikirkan bahawa gua kerap juga datang rumah Mael masa hari Raya,gua rasa memang wajib juga pekena melawat malam itu.Lagipun masa zaman sekolah dulu gua pernah juga tidur rumah dia sekali dua kalau kena angin gua malas balik Jerantut malam-malam buta.Masa tu disebabkan Mael ni memang suka tidur bawak ke tengah hari tak ingat ke adab melayan tetamu, selalunya dia cuma akan jamu makan tengah hari dekat kedai makan arwah bapak dia.


Dalam lebih kurang pukul 6 petang macam tu,gua cuba contact mana-mana schoolmates yang lain ajak diorang turun Jengka malam itu jugak.NAsib baik budak-budak KL masa tu tak ada banyak assignment agaknya dan bersetuju untuk ikut serta.Gua setting-setting apa yang patut macam siapa yang uruskan hal ehwal kereta,siapa yang nak bayar duit tol,siapa lagi nak ikut,nak tunggu gua dekat mana,dan siapa nak uruskan menu makan nasik gua malam itu.Benda-benda macam ni kena setel secara terperinci terutamanya kalau dalam poket duit memang terhad untuk beli Dunhill dalam 5 kotak sahaja.


Disebabkan gua yakin bas dari Perak-KL paling last ada pukul 9 malam,gua suruh budak-budak lain stand by dekat KL Sentral lewat-lewat sket pasal gua ada sedikit perkara mustahak yang perlu gua selesaikan sebelum berangkat ke Pahang.Perkara mustahak ni kalau kita tak setelkan siap-siap,risau kalau mati tengah jalan nanti roh kita jadi tidak tenang.Bila set-up semua dah nampak cantik,baru hati gua jadi senang sket.


Sesuai dengan waktu beriadah rakyat Malaysia,dalam lebih kurang dalam pukul 6 suku apa-apa hal pun gua turun maen bola dulu.Lepas MAghrib karang baru la sesuai nak lipat-lipat kain masuk dalam beg.



********************************************************


Psuuuss...Psuuuus...


Petang Isnin.Kereta budak-budak UMP dari rombongan Kuantan cuma cucuk angin dari belakang tak tahu ke hujung punca .Tadi diorang ada mintak gua tunjukkan arah stesen minyak yang paling berdekatan.Selalunya,kereta dari jenis yang mengada-ngada ni memang gemar kehabisan minyak masa-masa genting macam ni.


"Itulah rumah Fara Hanim kalau kau nak tau...Jengka rumah Hanim ni lagi cantik dari Jengka MAel tadi sebenarnya.."ujar gua tegas sambil menudingkan jari ke arah rumah jiran Farahanim.Raut muka Ahmad Nader,Sayed dan Ehsan di sebelah tiba-tiba jadi seryes.


Gua tersenyum.Sekali-sekala turun Jengka bawak member pergi jalan-jalan apa salahnya!

.

3 comments:

Amal said...

-_________________-"

alfatihah untuk pakcik Sahdan. gua umah sebelah pun tak dapat datang. :(

syed hafeez said...

mula-mula sekali, Al fatihah

celaka rumaha farahanim pun salah tunjuk, simpang pun salah masuk, kena terajang tau la dia ni

Roronoa said...

amal..
kalau aku mati nnt ko xdtg mmg roh aku cari ko sampai dpt...

sayed..
aah...gua mmg sengaja buat mcm 2...