Keadaan baik-baik sahaja.Pukul empat pagi itu,suasana sejuk mencengkam seperti empat pagi pada hari-hari biasa .Kelihatan beberapa orang Negro sedang berbual-bual sesama mereka sambil sekali-sekala ketawa besar seolah-olah tidak lagi menghiraukan sejuk pagi yang mencengkam.Tiada pula tanda-tanda mereka seakan mahu mencari gaduh dengan anggota polis ataupun cuba membuat rusuhan.Suasana pagi itu cukup tenang dan baik-baik sahaja.
Gua sempat memerhati keadaan sekeliling sementara menanti mamak menghantar order.Mujur kedai mamak tersebut betul-betul bersebelahan hotel tempat gua dan beberapa kutu lagi menginap.Andai tidak,remaja 20 tahun seperti gua sekarang lebih senang untuk berselubung dalam selimut bermimpikan perkara yang baik-baik sahaja daripada makan sahur pagi-pagi begini.Walaupun pagi itu keadaan ternyata cukup nyaman dan baik-baik sahaja.
*************************************************
"Lempar beg tu dekat aku...,"laung Mael dari seberang pagar dalam nada separuh berbisik dan berhati-hati.
Gua akur sambil melempar beg melepasi pagar yang mencapai dua kali tinggi gua.Kemudiaan, pagar yang dilengkapi kawat duri di atasnya di panjat secara berhati-hati,teknikal dan Inception agar kaki seluar tidak tersangkut pada besi-besi tajam yang bersifat menghancurkan.Shahrul Naim cuma tersengih-sengih senang dari seberang dengan pakaian serba hitam agar tidak mudah dikesan oleh mana-mana warden betugas,anjing pengesan dan alat pengesan periuk api.Tambahan pula pagar tersebut memang terletak betul-betul di hadapan rumah guru HEM yang leterannya bersifat menghancurkan.Jelas sekali malam itu tidaklah berapa tenang dan baik-baik sahaja.Pukul 2 pagi.Penuh debaran.
Gua,Mael dan Shahrul seterusnya bergerak menuju ke tandas masjid berdekatan untuk menukar pakaian yang lebih stylo-stylo supaya tidak kelihatan seperti pelajar Tingkatan 4.Mael dan Shahrul mengenakan sehelai jeans setiap seorang.Mengikut mentaliti pelajar sekolah asrama ketika itu,bila pakai seluar jeans,secara automatik umur kita akan meningkat menjadi 4 tahun lebih tua.Dalam kes ini,Mael dan Shahrul baru sahaja berubah menjadi orang umur 20 tahun.
Gua cuma memerhati mereka berdua lalu berasa cemburu.Sebabnya cuma mudah.Gua hanya memakai seluar khakis warna coklat ketika itu.Sebenarnya gua sendiri sudah malas nak bawa seluar jeans simpan dekat asrama.Penat gua sorok bawah locker je.Balik-balik masa Inspection hari sabtu memang kena rampas dengan ketua warden punya.Walaupun begitu,tidaklah bermakna gua tetap kelihatan seperti remaja 16 tahun ketika itu.Mujur seluar khakis yang gua pakai sudah dialter kaki kecik bawah 12 inci.Dalam kes ini,selalunya umur gua akan meningkat sedikit jadi 18 tahun.Umur 18 ni selalu kalau ponteng sekolah pun polis-polis tak syak sangat.
Kami bertiga kemudiannya terus menahan teksi menuju ke bandar Kuantan.Boleh tahan juga tunggu teksi pukul 4 pagi ni rupanya.Mujur berkat tu ada,kami sampai jugak dekat Kuantan naek teksi charge harga malam ikut kepala.Mahal macam bangsat.Sampai-sampai kami tak tunggu lama,kami bertiga bawak-bawak merayap sekitar Kuantan Parade yang dah keadaannya lengang dan baik-baik sahaja.
Tapi sebab security guard dekat situ pandang serong lain macam,kami ambil keputusan untuk lepak-lepak dekat bus stop depan Kompleks Teruntum.Gua dengan Mael tidur sambil tepuk sekawan nyamuk yang body besar rama-rama.Cuma Shahrul sahaja yang bawak berborak dengan sorang brader mana entah datang naek Proton Wira.Pagi esoknya Sharul ada cerita yang brader terbebut ada pelawa dia lepak-lepak Teluk Cempedak sambil cuba pegang-pegang tangan.Gua dan Mael senyum lebar tak sudah..Rupanya boleh tahan juga market Shahrul ni dikalangan lelaki songsang...Hakhak..
PAgi menjelma.Keadaan tenang dan baik-baik sahaja.Awal-awal pagi lagi lepas pekena sahur dekat mamak sebelah stesen bas (dulu orang panggil stesen bas Benteng..) ,kami sudah menunggu ketibaan bas BEE Huat betolak ke Jengka Pusat pukul 7 pagi.Tapi bas under syarikat-syarikat yang tak involve dalam Bursa Sarham macam tu biasanya tak bertolak pakai jadual sangat.Selalunya dia akan bertolak pakai jadual tidur dia punya driver.Beria jugak gua berebut seats belakang sekali tadi.Last-last nak masuk pukul 7 setengah baru nak panas-panas enjin.Jadah!
Disebabkan gua tak berapa nak rushing pagi tu,gua jadi tak berapa peduli.Lagipun gua bukannya ada kerja pagi-pagi Jumaat macam tu.Dalam pukul 8 lebih kurang,bas Bee Huat tadi akan lalu depan Sekolah Menengah Sains Shuffle (aliran shuffle teknikal).MAsa tu gua dapat rasa seolah-olah satu kemenangan dalam hidup gua.Time-time macam tu selalunya budak-budak sekolah shuffle yang lain baru sahaja selesai menghadiri perhimpunan harian sekolah.Itupun kalau tak ada ucapan pengetua yang lari tajuk kearah hal ehwal golf,spot check rambut dan seluar dalam,inspection dorm dan segala jenis entah apa benda merepek lagi mengikut sistem undang-undang shuffle tadi.
"Perghhhh...Mintak-mintak Tony dah cover baik punya kehilangan gua,Mael sama Shahrul yang dah balik kampung beraya awal-awal lagi.Kalau Cikgu Asrul perasan jugak memang gua wajib beli tiket balik Kuantan semula rasanya,"
Masa bas gua lalu betul-betul depan pintu pagar sekolah,gua ada lambai tangan sedikit sambil tersengih sorang-sorang.Agak-agaknya budak-budak sekolah shuffle kena menyanyi lagu apa la masa perhimpunan tadi.Lagu shuffle Rufedge pun boleh tahan tengah naik masa tu..
******************************************************
Keadaan masih tenang dan baik-baik sahaja.LAgi setengah jam sebelum masuk waktu imsak sebenarnya.Kelihatan beberapa minah clubbing berskirt paras peha datang dari arah Sunway Piramyd baru nak mencari sahur.Entah puasa tak puasa.Tapi bercakap pasal aurat,memang tak tutup rasanya.Tapi lazimnya petang-petang diorang ni pandai pergi bazar Ramadhan cari juadah berbuka.
Gua menghirup teh tarik perlahan-lahan setelah selesai memerhatikan aurat-aurat di sini sana.Dalam suka-suka itu,bersarang kekecewaan memikirkan masa depan anak gadis Melayu kita.Masih adakah sinar untuk mereka? Esok pagi-pagi gua akan cari bas di stesen Pekeliling nak balik Pahang.Yang pasti bukan bas Bee Huat bertolak 7 pagi.Bas Bee Huat ni maen area-area Jerantut-Jengka-Kuantan je..Area KL memang tak ada.
Selesai sahur kejap gua ingat naik bilik tulis blog sekejap dalam sebaris dua.Suasana pagi yang sejuk dan baik-baik sahaja tidak mengizinkan gua untuk terus berborak tentang keghairahan balik kampung beraya ketika sahur-sahur begini.
Azan Subuh akan berkumandang sebentar lagi.Mamak-mamak mula angkat kerusi naek atas meja.Makwe-makwe clubbing tekan alarm dari 100 meter sambil hingar bingar ketawa menuju ke kereta Mercedes bertransmisi manual.Maknyah-maknyah yang mana ada kerja kerajaan kembali bersuara garau bersiap-siap nak pergi kerja.Burung pagi menyanyi riang.Mega merah di kaki langit mula tercipta..dan entah kenapa gua dapat rasa yang scene balik kampung sekarang ni dah tak berapa true macam zaman sekolah-sekolah dulu.Harap-harap esok keadaan baik-baik sahaja..
No comments:
Post a Comment