Monday, August 30, 2010

The Inception ( drama Merdeka tiga babak )

BABAK 1


Riuh rendah,pekik bingit,hiruk pikuk dan buruk siku.Semuanya bagaikan sudah menjadi asam garam.Langit malam yang hitam pekat tidak mengajar erti takut kepada pengunjungnya.Beberapa orang remaja indie sedang kelihatan sibuk terlonjak-terlonjak mendengar lagu Ulik Mayang dendangan Noraniza Idris yang liar menari di puncak pentas...11.40 pm - Dataran Molambique - 31 Ogos 2010.

"Put your gun down..Put your gun down..Or you want me to blow you fucking head,"gertak gua nyaring kearah lelaki serba hitam yang sedang mengisi peluru pistol.


"Apa hang cakap..Cek mana pandai cakap omputih,"balas lelaki itu terpinga-pinga sambil memandang kearah rakannya.Dari lenggok bahasanya,boleh jadi mereka berdua orang Kubang Kerian,Kedah .


"Hangpa letak la senjata hangpa tu bodoh..Jangan sampai aku tembak dahi tu..,"kali ini gua menjerit sekali lagi dalam bahasa ibunda.Jari telunjuk gua dalam keadaan stand-by pada picu pistol separa automatik yang digenggam kemas.

NAmun salah seorang penjenayah tersebut kelihatan amat degil dan tidak mendengar kata.Dia mula menunjukkan reaksi untuk melawan.Dia mengacah-ngacah spanar saiz 14 secara membuta tuli tak macam Ninja Turtle.Walaupun nampak licah dari gaya serangannya,bagi gua dia bukanlah penjenayah profesional dan tidak mahir menekan kalkulator.Mungkin setakat belajar taek wan do sampai tali pinggang hijau sahaja.

Mujurlah belum sempat dia melancarkan serangan,penjenayah lagi sorang yang mana gua gelarkannya sebagai Penjenayah B,sempat menasihatinya dan bercerita tentang perihal seksa kubur,ibu miskin yang ditinggalkannya di kampung dan ponteng puasa tahun lepas belum ganti lagi.


Penjenayah A tadi jadi insaf lalu menangis teresak-esak.Dia menyandarkan kepalanya pada bahu penjenayah A yang bermuka jambu macam makwe-makwe.Apabila kedua-dua mereka menjeling pistol gua yang berkilat itu, mereka jadi amat takut lantas mengangkat tangan menyerah diri.


Demi sahaja melihat mereka tiada potensi untuk melawan,gua melepas dua das tembakan tepat ke arah kening setiap seorang tanpa bertangguh lagi.Ini untuk memastikan mereka tidak melawan dan main tikam belakang kelak.Darah bersembur keluar dari kepala mereka macam air tebu dari mesin tebu.Huhhh..Gua mengeluh senang sambil menyalakan sebatang rokok.


Tit...Tit...Tit..Tit..


Gua terperanjat.Masih ada yang belum selesai rupanya.Gua mencari-cari punca tenaga yang mengeluarkan bunyi tersebut.Boleh jadi bunyi roh mayat yang tidak tenang akibat mati ditembak.Atau boleh jadi...

BOM....Serentak dengan itu gua segera berlari kearah puncak menara di mana terletaknya sebuah jam besar.Mungkin bom itu telah disetkan pada jam besar yang akan menjadi panduan segenap rakyat mengira detik-detik 12 malam mejelangnya merdeka.Dan apabila detik 12 malam tiba,kira-kira 15 juta budak-budak indie yang sedang membanjiri dataran Molambique itu akan hangus menjadi abu.Perghhh.."Jenayah terancang"..Getus gua dalam hati

Sambil berlari anak,gua sempat menoleh kearah jam tangan seorang makwe yang berdiri kira-kira 50 meter dari situ.MAsih ada dua belas minit lagi sebelum pukul 12 malam.MAsa semakin suntuk.Gua mula berlari laju macam peragut beg tangan.


***************************************************

BABAK 2


Merah atau hijau.Merah atau hijau...Gua jadi panik.Wayar manakah yang patut gua potong?Selalunya dalam kebanyakan movie-movie Holywood yang pecah panggung,hero akan potong wayar yang kaler merah sambil baca mana-mana doa yang patut.Tapi gua tahu ini bukan filem.Ini realiti..

Dan tiba-tiba sahaja bayangan guru Kemahiran Hidup gua mucul didepan mata seakan mahu memberi panduan.Wajahnya yang bermisai melengkung itu kelihatan tersenyum.Seingat gua,sudah lama juga gua tidak ketemu dengannya.Kali terakhir,rasanya waktu arwah sedang beratur panjang untuk mengambil bubur lambuk Masjid Jamek.

"So you think you can dance,"bisik guru tersebut lembut tak macam masa dia hidup dulu.

Prap..Petikan itu seakan mengingatkan gua akan sesuatu.TAnpa membuang masa,gua cuba membelek-belek bahagian belakang bom tersebut dan seperti yang dijangka,ada satu butang berwarna merah.Bila gua tekan,ada keluar menu dekat skrin depan bom.


"Off" atau "Silent Mode".




*************************************************

BABAK 3


Keadaan sekitar Dataran Molambique kini kembali tenang.Muda-mudi sibuk berhibur tak ingat ke Hari Kiamat.Jika ada yang tidak berhibur pun,mereka lebih gemar berborak tentang Freemason ketika khatib sedang membca khutbah.Jauh di sudut pengetahuan mereka,mereka sebenarnya baru sahaja terlepas daripada cengkaman maut.Mengikut kiraan kasar,jika bom tadi gagal dimatikan,boleh jadi impak letupan yang maha dahsyat itu mampu menjangkau sehingga ke bazar-bazar RAmadhan sekitar Kampung Baru.

"Saya nampak semua yang awak lakukan tadi..Bagi saya,awaklah anak merdeka yang sebenar,"

Gua segera berpaling apabila menyedari ada kelibat manusia yang sedang memerhati akan kehadiran misteri gua.Berdiri di hadapan gua,seorang gadis manis berbaju kelawar corak bunga besar-besar yang sedang memegang handycam memandang gua dengan penuh makna.


"Argh...Wartawan..,"pekik gua terperanjat lantas mengenakan sebiji topeng Farid Kamil dan berpura-pura makan sahur.

"Kenapa awak nak sembunyikan identiti awak..Saya berminat untuk menulis tentang awak dalam majalah syarikat saya,"rayu gadis berlesung pipit dalam itu sambil menyelak kain baju kelawarnya.


Kini baru gua sedar yang gadis tersebut telah lama mengekori gua selama ini.Dia seakan berminat untuk mengetahui akan identiti gua.Gua tarik nafas dalam-dalam sambil memandang ke arah anak matanya.Cantik..


"Seorang anak merdeka tak perlukan publisiti..Biarlah kisah hidupnya menjadi misteri..,"balas gua jujur.Gadis itu diam seribu bahasa.Mati kata.


Untuk mengelakkan perbualan itu berlanjutan sehingga ke scene cium mulut,gua mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan gadis tersebut yang mula jatuh cinta.Buat kali terakhir,gua menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya dari dalam topeng Farid KAmil.Lalu topeng FArid KAmil itu juga tersenyum menurut kata.

"Selamat tinggal adik manis,"ungkap gua romantis lantas terus terbang dan menghilang di celahan-celahan bangunan sambil melaungkan laungan 'Merdeka' tiga kali.


Merdeka..Merdeka...Merdeka...

.

4 comments:

Anonymous said...

mana inceptionnyee..

apapun..memang best.walaupun tak berapa menginsafkN..tp ada sket2 saspen..hehek

ashraf sahdan said...

macam pundek tau tak, pundek?

mogobja said...

so you think u can dance? ah ngape awok ni!
HAHAHA.

Anonymous said...

fndrocka...
sket pon gua xnk kasi insaf sebnanye...

mael..
tau mael,,tau...

mogobja..
mane ak tau dah dye ckp mmg cm2..

-org RTM-