Dari jauh,kelihatan gua cuma memakai kot serba hitam bertali leher merah..Sungguh segak dari atas ke bawah.Sayangnya susuk tubuh sasa itu hanya mampu berdiri dengan bantuan penopang kaki.Jelas kelihatan gua mengalami kecederaan.Simen bercop hospital swasta yang berharga mahal dan berseni buatannya dilihat membalut kaki kanan gua.
NAmpak lebih dramatik,gua cuba membayangkan sekali yang gua sedang menghisap rokok ketika itu.Lapan orang pengawal keselamatan merenung gua tajam sambil menghayun-hayun belantan ke tapak tangan masing-masing.GUa hulur not seratus-seratus kepada setiap mereka.Mereka jadi tersenyum tak tentu hala.

Lebih kurang macam ni laa..TAk lari jauh sangat.
Perlawanan menjangkau ke minit lapan puluh lebih.Namun kedudukan masih terikat satu sama.Penonton-penonton yang kebanyakan sudah tiba seawal masuknya waktu Asar lagi mula tidak sedap duduk melihat kebuntuan gol yang berpanjangan.Lalu hati-hati yang mengabaikan solat MAghrib itu menjadi tidak tenang dan mula merusuh.Ada yang membaling mercun.Ada yang membakar kerusi.Ada yang mengejek nama ayah penjaga gol.Dan ada yang membina istana pasir.Keadaan jadi tidak terkawal.Pengawal keselamatan dilihat hilang entah ke mana.
Gua cuma geleng kepala sambil melemparkan pandangan hampa kerah tempat duduk penonton.Ada kain rentang yang tertulis "We miss U La Puerta" berkibar disana.Empat penjuru kain rentang itu dipegang kemas setiapnya oleh empat orang wanita yang seksi-seksi belaka.Semunya berkain belah dan berpakaian sengaja menampakkan dada.Kecuali seorang sahaja yang bertudung Yuna.Oleh itu,gua jadi pandang tak pandang.
"Kalau hang ada,depa takkan buat lagu ni.."
Gua tersentak mendengar suara yang seakan tidak asing lagi itu seraya menoleh.Kelihatan seorang lelaki berambut kemas yang nampak suram berpakaian kemeja T indie ringkas dan seluar kodroi hitam.Mukanya yang cengkung dan berurat itu menampakkan pengalaman-pengalaman berharga yang pernah dilaluinya.Memang tidak asing lagi.Dialah jurulatih yang pernah membimbing German sehingga mendapat tempat ketiga World Cup 2010.Joachim Lew.
"Ehh..! Paklong buat apa dekat sini,"
Gua tergamam...
bersambung...
4 comments:
mana dapat pasir nak buat istana pasir la puerta oii
game apa game apa!
amal..
kalau cari betol2,memang jumpa...
faiqah..
ehh..x jd la...
malas plak rasenye..
ejek name bapak gol keeper. HAHAHAHAHA. NGENG~
Post a Comment