Thursday, July 29, 2010

Semalam yang hangat (part 2)

Selama 20 tahun pengalaman gua menjadi Muhammad Ikwan,inilah kejadian terseliuh paling celaka yang pernah gua alami.Sebelum ni,setakat terseliuh gua boleh lagi paksa-paksa jalan sana-sini melakukan perkara-perkara yang seorang Muhammad Ikwan perlu lakukan.Contohnya,perkara seperti menegakkan kebenaran dan melintas jalan ikut warna lampu isyarat.

Tapi sebaliknya kali ini,pergerakan gua hanya terbatas sekitar radius kaki katil gua dan tingkap bilik Muhammad Ashri sahaja.Radius di sini membawa makna tidur,mengerjakan Facebook ,tidur,mengerjakan Facebook semula dan kadang-kadangnya membuang puntung rokok di sudut tingkap bilik Muhammad Ashri tadi.

Itupun dah kira okey sebenarnya.Malam pertama gua langsung tak boleh berjalan.Pukul 7 petang sekejap lagi,rasanya genap 48 jam gua tak keluar rumah yang kedudukannya berada pada tingkat 2.

Memandangkan lokasi rumah gua berada pada kordinat yang sukar dicapai,maka adalah harus perkara-perkara kegemaran seperti pergi kelas hari-hari ikut jadual terpaksa gua abaikan.Sebaliknya pula jika gua terasa seperti hendak bertolak ke tandas.Adalah tiada gunanya jika dibiarkan hal sebegini bertangguh.Bukan bermakna gua mengamalkan budaya pilih kasih.Namun,inilah yang digelar piramid kerja.

OOoo..OK.Sebenarnya cerita semalam gua malas nak sambung.Separuh daripada imaginasi gua yang beberapa hari lepas tu dah jadi kenyataan.Separuh lagi tak berapa jadi.Part kaki injured tu betul.Part stadium-stadium tu tak jadi betul plak.Tapi pasal makwe-makwe pegang kain rentang tu memang betul-betul jadi.


Sekarang ni gua tengah layan Wikipedia nak cari term sains untuk perkataan terseliuh.Penyakit terseliuh ni dia punya sebutan bunyi kampung sangat..Mana cool.

4 comments:

An angry cat said...

cis, pemberi harapan palsu!

An angry cat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Amal said...

aku baru tau nama kau ikwan.

Roronoa said...

faiqah..
haha

amal..

aah..nama ak sebenar Ikwan Jabar.