Thursday, April 4, 2013

How do i tell my story (episod 1)

Talib pernah berkata. Apabila engkau jatuh cinta nanti, engkau akan menjadi the most ridiculous observer dalam dunia. Engkau akan mencari maksud tersembunyi dalam setiap perinci perbuatan dia yang tidak ada maksud langsung sebenarnya.

Katakanlah engkau telah jatuh cinta pada Nastasha, Talib mengaplikasi contoh pada saya. Dalam kepala sebaliknya, saya terbayang Natasha rakan sekolah rendah 9 tahun lepas dari kelas hujung yang gedempol dan bertudung serebeh bertompok-tompok coklat kuah laksa. Saya yang ketika itu sedang berada dalam imaginasi arahan Talib, kelihatan sedikit berundur sedikit menjauhi tubuh imaginasi Natasha yang sedang mengelap hingus pada atas bibir.

"Tapi aku tak suka Natasha. Boleh tak pakai orang lain? "

"Payah bercakap dengan ko ni. Dungu macam kerbau ," jawab Talib seperti mula hilang sabar.

Saya sedikit kecewa dengan Talib yang ketika itu langsung tidak bertolak ansur dengan saya.  Apa salahnya jika saya menggunakan watak lain. Memang sudah takdir saya tidak sukakan Natasha. Lantas watak Natasha dan mimpi buruk antara kami, saya buang jauh-jauh daripada kepala.

Sehinggalah tahun lepas saya ada terserempak dengan Natasha di pasar malam (petang cuaca baik). Saya lihat Natasha sudah banyak berubah. Nastasha sudah pandai pakai bedak dan tshirt lengan pendek tak tutup siku. Punggungnya melentik. Jasadnya seakan sudah berbentuk, manakala roh saya pula mula membayangkan penetration.

Ahhh.. Natasha yang baru ini, tiba-tiba buat saya rasa tak boleh duduk diam.

Saya segera menelefon Talib ketika itu juga. Saya tanya Talib, mengapa dia berpendapat apabila saya jatuh cinta nanti, saya akan menjadi the most ridiculous observant dalam dunia. Talib yang sedang berada dalam mesyuarat lewat petang itu, sedikit meninggi suara, namun masih berjanji untuk menelefon saya semula sebentar lagi.

"Ko telepon kejap lagi la sial..," marah Talib.

bersambung......
.

2 comments: