Malam ini aku ada RM5 untuk menjamah sebungkus nasi seorang diri, di penjuru bilik yang paling gelap, kusam , diam dan tersembunyi. Biarlah telinga aku menjadi bingit dihambat sepi yang kaku, sehingga ia menjadi cukup peka mengira saat-saat yang menghitung tempoh malam ke pagi,dengan tangan yang comot berlumur nasi.
Esok lusa bila Tuhan berikan aku RM5 untuk menjamah sebungkus nasi dan juga seorang wanita buat teman berbicara, sudut bilik sunyi itu pasti hingar dengan gelak ketawa kita. Aku hanya mahu teman berbicara. Tapi engkau turut kongsikan segala masalah peribadi engkau dalam koleksi cerita-cerita yang membebankan kepala, sementara aku sendiri masih teragak-agak untuk berkongsi sebungkus nasi antara kita berdua.
Mungkin aku sengaja mencari alasan. Malangnya aku terjumpa dengan kenyataan.
Babi kan?
.
5 comments:
memang kau overthinking pun..layankan je.
dia macam..kau nak sesuatu, kau kena bagi sesuatu.kau nak happy, kau kena pinjamkan telinga kau.pinjam telinga, bukan pinjam otak.masalah laki adalah bila perempuan cite masalah, otak die diset untuk fikir penyelesaian..padahal perempuan nak orang dengar je.
ok,pahal aku komen panjang ni.
babi!
eh, babai!
hurm aku tiada pengalaman dalam bab ni
ek eleh
saya nak counter statement awak ni amalina.. tapi nantilah dulu.saya tengah bersedia...dua tiga bulan nanti awak check balik jawapan saya nanti. hew hew hew
wadi dengan sarah ni entah bila la nak pakai gambar y tunjuk muka..takkan semua benda aku nak kena pesan satu-satu..
Post a Comment