Wednesday, January 23, 2013

Jambang dan masyarakat

Isnin lepas sementara aku sedang menunggu boarding time di hadapan drop-passenger lane Lapangan Terbang Polonia Medan , aku didatangi oleh seorang makwe Indonesia yang tak berapa nak lawa. Kebetulan aku seorang diri ketika itu. Dua orang lagi kutu Shah Alam yang sepatutnya ada bersama menunggu, sedang membuat sedikit homework di tandas. Jadi aku terpaksa memainkan peranan sebagai lone-striker dalam menangani asakan makwe tersebut.

" Mas...Mas ini bawaknya teksi kan? " tanya makwe yang tak berapa nak lawa tersebut dalam telor Sumatera, sebagai serangan permulaan .

Semenjak hari itu, aku terus hilang keyakinan diri dan mula berjinak-jinak menghisap ganja.

.

2 comments:

Wadi AR said...

jambang kasi trim la sikit

Wadi AR said...
This comment has been removed by the author.