Dalam dua bulan kebelakangan ini, bandar paling selatan telah memperkenalkan gua dengan satu hobi baru iaitu hobi membotakkan kepala.
Hobi ini cukup membawa ketagihan kepada gua, sehingga sering hujung bulan tiba gua sudah tidak punya apa-apa di atas kepala. Sampaikan satu tahap, gua ada juga meminjam rambut kawan-kawan, semata-mata untuk dicukur botakkan.
Jadi sempena cuti hari raya ini, esok gua akan bertolak ke timur dengan bekal cuma RM40 dalam dompet dan tujuh pucuk jam.
Semoga tiada aral melintang.
No comments:
Post a Comment