Masyarakat kita ni dah terlampau sinonim dengan soal berbincang .Paling jelas sekali dalam bab kahwin. Selalunya mereka akan berbincang soal majlis kahwin terlebih dahulu ketika upacara bertunang. Isu-isu seperti nak pakai catering syarikat mana, kenduri belah perempuan nanti nak datang berapa bijik kereta, dan sedikit sebanyak berita Abby Abadi menyertai pakatan rakyat akan disentuh dan dibincangkan terlebih dahulu.
Majlis bertunang tu pulak mana boleh nak main hidang kuih bengkang semata-mata. Nanti mulalah jiran-jiran mengata. Mana nak letak muka masa beli kangkung dekat pasar nanti. Nak taknak kenalah buat majlis berbincang sikit dengan tenaga-tenaga kerja yang bermulut Melodi tadi.
Majlis berbincang yang macam ni pun walau sekadar kecil-kecilan, tak boleh nak berbincang kosong sahaja. Tak sedap langsung nak berbincang kalau tekak ni rasa kering lain macam . Paling kurang pun kena la bilas dengan teh tarik warung dan Winston Light sebatang dua sorang. Baru la ada idea nak berbincang.
Habis kau ingat nak beli rokok Winston dekat kedai runcit , cuma senang-senang macam tu? Tak payah berbincang?
No comments:
Post a Comment