Tuesday, June 12, 2012

Tontonan secara langsung atas talian dan hal ehwal bola semasa

"Dengan menggunakan P1wimax, dapatlah kita menonton live streaming Euro2012 tanpa perlu keluar ke mamak di tengah malam," kata Mat Arip dan Jejairi cuba memujuk gua untuk melanggan perkhidmatan INternet laju minggu lepas. Gua ada sengih sedikit.

 Menonton perlawanan England menentang France tengah malam semalam, genap malam ketiga gua tercanguk depan komputer sorang-sorang dalam gelap. Gua usha belakang, Jejairi berdengkur nyaring macam seekor antelop jantan dalam National Geografi. Mat Arip pula berselubung dalam selimut , dengan suara separuh berbisik berbual dengan makwe dalam talipon.Cuma kadang-kadang dia menyua kepala keluar dari gebar berpura-pura mengambil tahu dan berasa bimbang.

  Ehh dah score satu sama ke?

 Bahang Euro sudah mula terasa.Cuma kadang-kadang sementara menunggu Pirlo nak ambik free kick, gua terasa seperti mahu minum nescafe tarik tapi tak tahu nak order dekat sapa.

No comments: