Cerita bermula. Persembahan Power Point nama pengarah dan barisan pelakon( lagu Najwa Latif sebagai background )
Filem gua dimulakan dengan babak seorang nenek tua yang sedang membuka tingkap dapur, lalu menyiram air panas pada sepohon kayu daunnya rimbun. Tidak ada dialog diperlukan. Persembahan visual untuk babak ini sudak cukup kuat untuk menjadi nadi keseluruhan plot.Cuma bunyi air mendidih dari cerek usang di atas dapur kayu arang yang akan gua selitkan. Bunyi cerek usang ni gua akan kekalkan sebagai background music untuk keseluruhan plot dan visual transition sehingga ke penghabisan cerita, sekaligus mewujudkan gangguan kepada penonton untuk mendengar hero berborak.
Babak-babak seterusnya, watak utama iaitu Daud Kucup mula diperkenalkan kepada audien. Daud yang bekerja sebagai ejen insuran Takaful, digambarkan sebagai seorang pemuda yang suka bangun awal pagi lalu terus log in Facebook sehingga lewat ke tempat kerja.
Plot filem yang tadi banyak berkisar tentang Daud Kucup, kini beralih tentang kisah sekawan dubuk yang tabah memohon pinjaman PTPTN untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej jururawat. Pada mulanya gua bercadang untuk menggunakan cekenik untuk babak ini, namun atas sebab haiwan cekenik itu sendiri sering dikaitkan dengan alat sulit lelaki yang baru capai akil baligh, gua terpaksa membatalkan hasrat gua tadi untuk menjaga nama baik filem.Oleh itu,gua terpaksa gantikan cekenik dengan dubuk.
Kini filem gua kembali terarah kepada Daud Kucup semula. Namun yang menjadikan filem gua nanti tampil dengan label abstrak , penampilan Daud Kucup untuk babak ini gua telah ubah suai menjadi watak separuh lelaki dan separuh dubuk. Daripada seorang ejen insuran, Daud Kucup kini mula terlibat dengan perniagaan dadah dan permainan cinta segi. Haaa ! Dekat sini kena pakai teknik CGI sikit.
Menambahkan lagi elemen subjektif agar sukar dihadam oleh kefahaman penonton , pada keseluruhan plot Daun Kucup cenderung untuk bermain teka kacang dalam 3 biji cawan yang dikocok. Penonton diharuskan untuk meneka di antara 3 cawan tersebut yang manakah Daud Kucup akan menyembunyikan kacang kuda kegemarannya. Sesungguhnya, ini memang benar-benar keliru.
Filem ini gua akan tamatkan dengan babak nenek tua pada awalan cerita tadi, sedang mencangkung main game Fruit Ninja di tepi papan tender pembinaan Dewan Sekolah Tamil Ulu Bertam. Cerek usang yang sedang mendidih di atas dapaur kayu arang masih lagi nyaring berbunyi.
Cerita Tamat.
Judul : Cawan Ajaib
Pelakon : Faizal Husin ( Daud Kucup) , A.Galak, Sidi Oraza , Shamsul Yusof Haslam (sebagai dubuk) , dan Julia Ziegler.
Budget: 7 juta
Penampilan Khas : Ahmad Idham
Nota kaki : Untuk watak Ahmad Idham, gua mungkin akan menggunakan khidmat pelakon Wan Ismail Golok.
.
No comments:
Post a Comment