Wednesday, March 28, 2012

Mari Belajar Kata

Sebenarnya,gua pernah tulis tentang ini lama dahulu. Namun cuma dalam sebulan lepas gua baru terserempak dengan term sebenar yang menggambarkan fenomena ini.


Perkataan: Friendzone (noun, verb:friendzoned )
Definisi : Perbuatan menolak lamaran seseorang yang sering dipergunakan atas tujuan perbadi atas sebab takut kehilangannya selama-lamanya.
Situasi : Ramlah terpaksa menolak lamaran Jamal yang ternyata telah jatuh cinta kepadanya.Namun disebabkan dia harus menumpang kereta Jamal setiap pagi untuk ke tempat kerja, dia berkata kepada Jamal " Saya pun sayang awak. Tapi saya takut kalau kita break nanti, kita dah tak bertegur sapa sampai bila-bila. Saya suka dekat awak tapi saya rasa lebih baik kita terus berkawan sahaja"


Contoh ayat betul : Jamal tersengih-sengih mendengar luahan hati Ramlah yang suka berkawan rapat dengannya. Jauh dari pengetahuan Jamal, sebenarnya dia telah difriendzoneoleh Ramlah yang penuh dengan muslihat itu.
Contoh ayat salah : Sejurus selepas tersepak sekujur mayat mangsa pembunuhan , Jamal telah ditengking oleh Pegawai Polis Diraja Malaysia kerana memasuki kawasan friendzone yang telah disita dengan pita kuning 'kawasan polis dilarang masuk'.

.

1 comment:

Wadi AR said...

saya pon sayang awak