Tuesday, February 21, 2012

Power betul kedai diorang ni.. Power power!

Setelah dua tiga hari diberhentikan kerja kira-kira sebulan lepas, gua mempunyai banyak masa yang terluang . Oleh itu daripada gua penuhi dengan aktiviti tidur tak patut, gua mengambil kesempatan untuk mengunjungi Uya Distro yang terletal di SS15, Subang Jaya. Memang dah lama gua nak turun sini sebenarnya.Cuma baru sekarang ada peluang.

Gua tengok banyak buku-buku underground yang power ada terjual di Uya Distro. Tujuh kali keliling Kinokuniya pon belum tentu boleh jumpa buku pesen-pesen power tak ingat macam ni. Buku yang memang payah nak ada terpamer di rak-rak toko buku terkenal. Jadi gua sempat merabakkan poket gua dengan membeli buku 'highrating' seperti Kitab Terfaktab , Awek Chuck Taylor , Jusoh Turbo, Republik Kutu dan zine Rokes. (sebenarnya Kitab Terfaktab dan awek Chuck Taylor ni gua paksa membe gua beli).

Kalau nak beli online, boleh tanya dekat brader-brader sini. Voucer 1Malaysia pun boleh guna woiii..


Buku hasil garapan Amal Hamsan ni, gua beli dekat event RANTAI di Bangsar. Tapi dekat sini pon ada jual sebenarnya.Gua kenal makwe yang tulis buku ni. Dia punya power, sampaikan dari jauh boleh nampak aura-aura kaler biru keluar tepi kepala dia..


"Wahhh! Indie betul buku ni.." ujar Iskandar nyaring di hadapan kakak jurujual ketika sedang membelek-belek sebuah buku.Sumpah gua taknak bawak dia dah ikut gua cari buku lepas ni.



Simpulan Bahasa: Gua promo ni tak dapat komisyen pon. Saja gua nak menunjuk kamera handset gua power.

.

2 comments:

ubi snida said...

oke.. kamera enset lu mmg power...
kita share satu minat sama..wa suka baca buku underground gk..haha

Wadi AR said...

nasib aku dah pegi 2 minggu lepas. ko tak ajakk