Menjelang 4 hari sebelum gua berhenti kerja secara rasmi,, hari ini gua dipanggil ke pejabat Sumber Manusia untuk menyetelkan prosedur notis 14 hari perletakan jawatan. Kerja ni tak susah. Gua cuma perlu mengisi beberapa borang feedback yang tidak berapa seryes dan tandatangan mana-mana yang patut. Mengikut kontrak, tempoh perkhidmatan gua memang sudah berbaki 4 hari.
Sebenarnya gua memang tak suka kerja isi borang ni. Dia punya bosan tak jauh beza macam kerja balut buku teks. Tapi oleh kerana bOrang feedback ni banyak berkisar tentang skop kerja gua yang memang gua menyampah, jadi gua tetap tulis jugak. Tambah-tambah pula kebanyakannya berpangkalkan ayat "Apa pendapat anda" , gua jadi yakin yang kerja gua akan jadi lebih mudah.
Sebagai seorang yang telah berblogging selama lebih 2 tahun, ayat "pada pendapat anda" ni memang feveret gua sebenarnya . Jawapannya boleh jadi cukup jujur, abstrak dan subjektif, tetapi masih terikat pada betul dan salah. Bezanya , selagi ia disuarakan di tempat yang betul,tidak ada pihak yang wajar menghakimi apatah lagi menghukum pendapat itu tadi. Jadi apabila borang itu sudah bertanya gua tentang apa pendapat gua , kiranya pendapat gua nanti bakal disalurkan ke tempat yang betul. Oleh itu gua pun jawab la jugak barang dua soalan. Lepas siap gua terus cepat-cepat hantar.
Dalam dua tiga jam selepas itu , gua terkejut apabila gua sekali lagi dipanggil naik pejabat. Mengikut kata-kata makcik yang incharge borang gua tadi, gua telah diberhentikan kerja saat itu juga. Khabarnya, pihak syarikat tidak berapa gemar dengan apa pendapat gua tadi. Dan gua cuma tersengih kecil nampak gigi, sampai makcik tadi meluat tengok muka gua.
Apa pendapat anda?
.
5 comments:
ko da makan belum? kih3
terus lagi.
bagi gua buat meh
Plg gua xphm, komen wadi r ni...
pahamkan sendiri. haha
Post a Comment