Orang-orang lelaki kebanyakan macam gua memang jenis tak suka delete SMS dalam inbox. Mungkin atas dasar malas, lupa atau "memory card aku besar dowhhhh"..Sebaliknya bagi gua ,elemen sentimental dan nostalgia adalah sebab paling afdal untuk menjawab fenomena ini. SMS yang kadangkala cukup biasa-biasa namun dikirim daripada makwe bergenre "mahligai syahdu" , selalunya gua simpan lama-lama sebagai bekal bacaan ketika bosan menunggu bas di KL Sentral. Setidak-tidaknya apabila masyarakat menuduh kita gila kerana tersengih seorang diri di depan landasan keretapi, kita masih punya alasan dan bukti nahawa kita pernah merasai manis bahagia dahulu.
Sebagai contoh, handset Nokia Express Music gila nipis gua yang tercicir mana entah 2 tahun dahulu masih mempunyai lebih 4000 SMS yang masih belum didelete, terkumpul dan terpilih sejak satu tahun sebelumnya. Antara SMS tersebut ada yang berbunyi "apsal miskol weyhh?" , "saje message awak.. Rindu..-) ", "tolong sign attendance aku" dan juga " sye x dpt hidup tanpa awak".
.
.
5 comments:
Kalau ada orang jumpa fon kau, barangkali dia tersengih sorang la gamaknya ye dak?
Eii.. Dengkinya dengan orang boleh simpan sms banyak.. Huhu
untung la pakai fon boleh simpan mesej bebanyak
Baru korang tau y gua ade phone y plg power skali di dunia... Kahkahkah
heh,sebenarnya kau rindu dekat awek yang anta msg tu.ngaku jak la!
Post a Comment