"banyak persoalan dan juga kata kerja...lalalala..'
Lama dulu gua pernah terbaca satu artikel tentang fenomena 'kegatalan minda'.Gua tak berapa ingat dia punya definisi sebenar,tetapi keseluruhannya contoh dia lebih kurang macam ni.
"banyak persoalan dan juga kata kerja...lalalala"
Asyraf Anuar sebenarnya bukanlah seorang peminat muzik metal yang tegar.Tapi Asyraf Anuar cuma ukup anti dengan penyanyi pop bangang yang mendendangkan lagu bangang berlatar lirik yang bangang macam Najwa Latif.Bila bukak sahaja radio dan kebetulan lagu Najwa Latif sedang disiarkan, Asyraf Anuar akan maki hamun lagu Najwa Latif dan Najwa Latif sekali.Pendek kata,Asyraf Anuar memang cukup benci dengan Najwa Latif.
"Banyak persoalan dan juga kata kerja...lalalala"
Walaupun sebegitu benci Asyraf Anuar terhadap Najwa Latif,seringkali juga Asyraf Anuar mendapati dirinya secara tidak sengaja sedang menyanyikan bait-bait lirik lagu
Najwa Latif.Seakan-akan lagu dan lirik lagu Najwa Latif,dan Najwa Latif sudah meresap kedalam mindanya.Cukup terngiang-ngiang dalam kepala Asyraf Anuar.Sebati dan sejati bersama.Bukan sekali.Bukan dua kali.Tapi sudah banyak kali Asyraf Anuar menyanyikan lagu Najwa Latif sendiri.
"banyak persoalan dan juga kata kerja...lalalala"
Gua tak ada apa-apa masalah dengan kegatalan minda.Gua tak ada apa-apa masalah dengan Asyraf Anuar.Gua juga tak ada apa-apa masalah dengan Najwa Latif.Gua cuma tak suka ada penyanyi yang nama bapak dia sama dengan nama bapak gua ambik award masa Anugerah Juara Lagu disebabkan undi orang-orang macam Asyraf Anuar.
"banyak persoalan dan juga kata kerja...lalalala"
"banyak persoalan dan juga kata kerja...lalalala"
.
3 comments:
lagu mcm tu kanak2 5 tahun je layan.kecik2 sibuk nk menyanyi.spm pon x tahu lulus ke x.kah3.
Lu tengok Anugerah Juara Lagu sebab dia lah kan?
uncle rase rase asyraf anuar tu sebenarnya diri anak muda sendiri bukan? mengaku sajalah wahai anak muda yang sebenarnya anak muda adalah peminat setia najwa latif bukan?
Post a Comment