Wednesday, November 9, 2011

kegemaran 3

Setelah genap sebulan gua bekerja di salah sebuah pasaraya yang tidak terkenal ( dirahsiakan demi menjaga nama baik syarikat) , gua telah belajar satu perkara penting.

Pada suatu pagi dimana gua ditugaskan menjaga kaunter alat tulis, gua sempat memerhatikan kelibat seorang wanita mencecah pertengahan umur sedang membelek-belek beberapa jenis cenderahati.Tidak lama selesai membelek,dia hilang.

Belum cukup sepenanak nasi lamanya, wanita tengah umur tadi kembali semula membelek cenderahati tadi.Mungkin berkenan agaknya.Dari bentuk sikunya yang terdedah, gua syak dia memang jenis wanita berduit dan rumah pasang Unifi.Rambutnya yang emas kekuningan tetapi kurang terurus,menggambarkan dia wanita berkerjaya tidak bersuami dan tidak lagi berminat berhias dengan tujuan memikat teman lelaki Fasha Sandha.Lama gua perhatikan.lebih sejam dia membelek benda yang sama.Ada saja yamg dibandingkannya.

Tidak lama kemudiaan, dia beredar.Mungkin kecewa dengan cenderahati yang dibelek tadi.NAmun sangkaan gua meleset.Lebih kurang setengah jam kemudian,dia datang semula memebelek benda yang sama.Dan episod belek datang,pergi belek, ,datang belek pergi itu terus berulang entah keberapa kali tidaklah diketahui perinciannya.

"
Dari situ,gua belajar satu perkara. Kita orang lelaki,mengharapkan luahan kata putus cinta seorang wanita menuntut erti sabar yang mendalam. Perempuan kadangkala boleh jadi teliti, namun selalunya mereka lebih terbendung dengan perasaan keliru.

Mereka memerlukan masa yang panjang untuk membelek-belek sesuatu yang mereka mahu pilih. Walaupun kadangkala tidak ada pilihan pun sebenarnya.Tapi jangan terlampau menggesa mereka. Jangan menyuntukkan tempoh masa mereka membuat pilihan. Kerana mereka sedang membelek-belek diri kita sebenarnya, sekaligus menilai buruk baik dan untung rugi pemilihan itu.Paham tak ni ? "



Tapi macam ni la. Kalau makwe-makwe dekat luar sana tu nak belek-belek gua, belek la berapa lama korang nak belek.Gua tak kesah. Tapi sapa-sapa buat pecah, kena ganti..kahkahkah

.

4 comments:

.Gory. said...

Olololo. You'alls jangan pecahkan hati Padil. Nanti dia menangis.

Sang Harima said...

Kalu laki laki yang belek?

broken_nigina said...

oo..padil.

Roronoa said...

nama gua farid ...farid farid farid faham...?