Tuesday, November 29, 2011

Lotus Eater

Sepanjang hidup gua,tak banyak cerpen English yang pernah gua baca sampai habis.KAlau habis pun,belum tentu gua faham habis.Tetapi salah satu English short story yang pernah gua faham adalah novel kajian Tingkatan 1, Lotus Eater.

Sebenarnya gua dah tak berapa ingat cerita tersebut,tetapi secara kasarnya berbunyi begini.


" Lotus Eater menceritakan tentang Thomas Wilson, seorang pengurus bank yang telah bekerja keras dan bersara awal daripada kerjayanya semata-mata untuk menjalani kehidupan yang tenang dan low-profile di Capri Island.Dia menjual segala aset,duit KWSP,simpanan ASB,tilam lama tukar tilam baru,PS3 dan segala hartanya sebagai sumber sara hidup untuk satu tempoh yang beliau tetapkan,sebelum beliau sendiri akan membunuh dirinya nanti.

Dia meninggalkan dunia yang sarat dengan stress dan mesyuarat Pemuda UMNO,sebaliknya memilih untuk menetap di sebuah pulau terpencil,menjalani hidup yang tenteram,menikmati sarapan orang-orang kebanyakan ,malah tidak perlu lagi bekerja.

Selama bertahun-tahun,hari-harinya dihabiskan dengan memancing seorang diri,memerhatikan belalang kunyit beromen di padang rumput hijau seorang diri,berbual dengan hutan rimba seorang diri,dan mengawasi bulan penuh di puncak bukit pada setiap malam pertengahan bulan Hijrah.Juga seorang diri.Namun perhitungan Wilson sedikit silap.Simpanan wang beliau habis lebih awal daripada sepatutnya.

Percubaaannya untuk membunuh diri yang mana beliau sendiri masih belum begitu bersedia secara mental khususnya,berakhir dengan kegagalan.Akibatnya,dia tidak mati sebaliknya menjadi kurang waras.Bertahun selepas kejadian itu,Wilson akhirnya ditemui penduduk kampung mati di puncak bukit sambil matanya merenung ke langit.Namun,tiada pula dinyatakan sama ada dia mati ketika pertengahan bulan Hijrah mahupun sebaliknya. "



Ketika kebanyakan rakan-rakan gua hadir dengan interpretasi Wilson yang anti-sosial,kera sumbang yang lari dari kenyataan sebenar,'padan muka kau Wilkinson', 'bunuh diri tu dosa besar','tengok belalang kunyit beromen pun berdosa jugak', malah ada yang tak baca langsung walaupun kompem masuk periksa pertengahan tahun, sebaliknya gua hadir dengan pandangan yang agak berbeza.

Pada gua,Wilkinson menjalani kehidupan yang sangat menarik. Beliau menggadaikan segala apa yang beliau miliki, untuk mencapai ketenangan hidup yang beliau mimpikan.Hidup yang cukup tenteram,mudah,lepas dari komitmen dan bebas dari akar masalah.Cara beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Capri Island, membuatkan gua berasa cemburu dan teringin bertukar tempat dengan beliau.Walaupun dihujung cerita beliau sendiri menjadi kurang waras dan mati bukan seperti yang tercatat dalam buku perancangannya,namun gua yakin bertahun-tahun beliau sudah menemui ketenteraman yang beliau rancangkan. Engkau pernah hidup bahagia 4 tahun straight in a row?


Mungkin ada yang sudah lupa tentang Lotus Eater.Mungkin juga ada yang tidak peduli.Tetapi cerita ini pada gua seakan satu inspirasi.Menular senyap dalam jiwa gua bagaikan Inception, menanti gua untuk mengulangi cerita yang sama.Walupun Thomas Wilson itu sendiri belum tentu wujud benarnya,beliau bagaikan satu idola.Sekurang-kurangnya,pada gua.


.


bersambung.....

5 comments:

Cik Ungu said...

saje je nk buat ak teringat zaman sekolah kn..aku lebih suka robinson crusoe..

.Gory. said...

Izinkan aku menjadi penulis tentang diri kau bila kau perlahan lahan ke Capri Island nanti.

Anonymous said...

amboi.. lotus eater versi awak je ni. dulu pun baca lotus eater sampai habes. tapi belum tentu faham habes^^

Roronoa said...

lepat...
guatengok lu ni seminggu dua tiga kali tukar nama blog..

gori..
gua setakat pergi Pulau Kepah je woiii..

el-janna..
sebenarnya gua xpaham pon...cikgu BI gua la y cerita semua ni...kahkahkah....

broken_nigina said...

wow.tingkatan 1 zaman bila lah ni.