Tuesday, November 22, 2011

kegemaran 5

Setelah hampir dua bulan gua bekerja di salah sebuah pasaraya yang tidak terkenal ( dirahsiakan demi menjaga nama baik syarikat) , gua telah belajar satu perkara penting.

"Hmmm..Entahlah.Tak tahulah kenapa aku ni mudah sangat mengalah,"keluh Kak Rahimah,wanita awal 40-an yang masih belum berkahwin itu seorang diri.Namun gua sendiri tidak pasti dengan tekaan umur tersebut disebabkan personaliti beliau yang suka memakai celak tebal dan rambut kuning dipotong pendek atas leher.

Sebagai menghormati Kak Rahimah yang berpangkat lebih tinggi sedikit daripada gua,gua cuma mengangkat kepala sebentar.Namun kemudian,gua kembali menyambung mengurup seikat not lima puluh ringgit dengan cermat.Memang gua tidak suka diganggu ketika membuat kerja,atau sebenarnya gua dapat menangkap maksud Kak Rahimah yang cuba menjadikan kisah cintanya sebagai topik perbualan dengan remaja berfikiran bebas seperti gua.

"Engko penah dengar lagu Hattan.Tajuk dia "Mengalah bukan Kalah"..Lagu tu sebijik macam hidup aku.Suka melepaskan orang yang kita sayang pada orang lain,semata-mata nak tengok dia hidup bahagia,"luah Kak Rahimah sekali lagi,cuma kali ini rintihannyanya itu jelas ditujukan pada gua mohon didengari.

Tapi gua sendiri sudah nekad mengelak untuk mendongak cuba memberi perhatian kepada Kak RAhimah,bimbang jumlah kurupan wang yang sudah separuh dikira tadi hilang dari kepala.Mulut gua sebaliknya terus terkumat-kamit membilang sisipan not yang sedang diselak satu demi satu.

"tujuh ribu dua ratus,tujuh ribu dua ratus lima puluh, tujuh ribu tiga ratus.."
.
.
.
.

*malas gua nak layan masalah cinta orang..Masalah gua sendiri pun kadang-kadang gua tak layan tahu?

.

3 comments:

An angry cat said...

keluhan hatinya tak didengari.
aku simpati.

Anonymous said...

pura2 dgr sudah la..kah3.

Roronoa said...

y paling sebenarnya, gua layan jugak sebenarnya....kah3