Hari ini cukup 14 hari batuk gua tak elok-elok.
Dalam masa 14 hari itu,10 harinya gua terpaksa jugak pergi kerja dalam keadaan paru-paru yang rasa macam nak bocor.
Hari semalam,cukup 6 hari gua demam dan tak ada makwe cakap 'take care abang' langsung setiap kali gua pergi kerja.
Kali terakhir gua menghisap rokok adalah 5 hari lepas,pagi Selasa sebelum gua masuk kerja.
Fuck masyarakat kapitalis yang menghambakan manusia pada kerja.Kerja macam anjing dan kau apa beza?
Setiap kali balik kerja,gua terus baring tutup lampu apa semua sambil merenung kipas yang berpusing perlahan.Setiap kali gua berada pada momen itu,gua teringat mati.
Kadang-kadang,gua teringat tentang cerita santau kaca dan bahan-bahan tajam kotor yang dimasukkan kedalam minuman untuk menjahanamkan tekak anak Adam yang didengki.Gua berisgthifar..Rasanya gua tak ada mengorat tunang mana-mana guru silat yang handal ilmu hitam.Gua ni mengorat anjing pun belum tentu dapat.Mustahil ada orang nak santau.
Batuk gua ni kalau ikut rating kain, boleh jadi jenis kain jersey AAA.Power lain macam...Gua dah pakai ubat batuk hospital kerajaan,ubat batuk Seven Eleven, ubat batuk klinik Mediveron, rembat ubat batuk membe, dan air mineral Spritzer.Tapi batuk gua tetap tak berapa sembuh sangat.
Yang paling penting gua rasa kalau kena batuk ni, jangan minum ais.Gua sekarang pantang duduk meja restoran,terus order teh O limau suam..
Dan cukup hari ini, batuk gua ada nampak elok sikit.
Jadi balik kerja tadi, gua ada cucuh rokok sebatang sebelum makan nasik.Lepas makan, gua bilas tekak dengan sebatang lagi rokok.
Sekian sahaja update tentang kesihatan saya minggu ini.
3 comments:
elok lah tu.batuk2 hisap rokok..mmg nanti batuk ko cpt hilang pon.sekian sahaja nasihat drpd saya..:)
kenapa marah-marah ni sayang? hehe
ak bukan apa cuma aku xnk lepas ni kau asyik update pasal batuk lepas tu rokok..pastu ulang benda yg sama..kah3..wink3..\(^.^)/
Post a Comment