Sunday, October 23, 2011

Selepas hujan

"Are you looking for room for rent?,"

Gua yang sedang tekun meneliti papan notis , terpaku sebentar.Mata gua yang tadi pada tulisan rumi, kini teralih ke arah pula pada imej tidak menutuk aurat.Gadis luar negara nampak gayanya.Boleh jadi berdarah Arab Parsi.Sepuluh kali lebih cantik dari Zila Bakarin 10 tahun dulu..Sekali toleh, nampak macam Karena Kapoor.Cuma kulitnya lebih putih mulus.Rambut hitam ikal yang dibiar lepas ke bahu, dan baju yang menampakkan sedikit sebanyak pangkal dada.Tidak terfikir pula gua untuk mengukur pakai pembaris sedikit sebanyak itu.

"I'm looking for housemates..I got one master bedroom to be rented if you are intested..How much the price is,we can discuss..," tanya gadis luar negara itu lagi apabila gua dan brader Kedah mati kata macam peserta Roda Impian musim akhir.Sambil itu, dia mengambil sebatang pen lalu memotong perkataan "Female only" pada salah satu iklan yang tertampal pada papan notis.

"Minah ni tak pandai cakap Melayu gayanya ni..".Gua cuba menghakimi peribadi gadis luar negara itu sekali lagi secara telepati dengan brader Kedah.Bimbang pula gadis itu rupa-rupanya fasih menyanyikan lagu tradisional nenek moyang kita seperti 'Jom Berlabuh" dan "Hilir ke Sungai Pahang".

Dalam kepala gua terbayang filem-filem porno lelaki perempuan bebas bersekedudukan dalam satu rumah seperti filem American Pie, High School Musical, dan Akedemi Fantasia.Selalunya,mula-mula filem memang macam tu..Lepas tu, mula la hero jatuh cinta , kebetulan housemate kena outstation dekat Brazil, tak sengaja bersentuh tangan masa nak capai sayur taugeh dekat pinggan tengah, dan macam-macam peristiwa lagi yang membawa kepada adrenalin cium mulut.

Gua toleh ke arah gadis luar negara itu semula.Sekejap-sekejap , gua toleh hujung siku brader Kedah , dan selebihnya banyak ke body makwe luar negara semula.Dalam kepala gua cuma ada dua. Sewa bilik tu agak-agaknya paling murah berapa, dan macam mana kalau dia berkemban ke hulu kehilir depan bilik gua atas alasan nak pinjam toilet.Konon-kononnya tandas bilik gua sedap berak sebab ada pakai AmbiPure.Brader Kedah pulak kebetulan tersangkut dekat Kangar masa tu pasal bencana banjir kilat..Tak pasal-pasal gua yang kena pegang watak utama..perghhh.

Gua fikir dalam-dalam..Dan akhirnya,gua ..

.
.
.
.
bersambung...

2 comments:

Sang Harima said...

Dan akhirnya apa?

Roronoa said...

lepas tu,aku pun apa lagi..aku terus la buat bla bla bla bla....


bersambung..