Wednesday, October 26, 2011

Kegemaran 2

Setelah genap sebulan gua bekerja di salah sebuah pasaraya yang tidak terkenal ( dirahsiakan demi menjaga nama baik syarikat) , gua telah belajar satu perkara penting.

Apa yang gua perhatikan, masyarakat kini sedang mnghadapi fenomena gemar membeli karipap segera.Karipap segera ni sebenarnya tak banyak beza dengan mee segera dan PMR dapat 8A.Cara penyediaannya cukup mudah sehingga mengabaikan seni karipap yang halus itu sendiri.

Pendek kata,sapa beli karipap segera dia memang tak true.Mengikut kira-kira kasar gua,perkara ini membawa petanda buruk kepada industri suri rumah tangga dan air tangan ibu.

Gua nanti kalau nak cari bini,gua nak cari perempuan yang pandai menanam gandum dan cekap memprosesnya sendiri-sendiri secara tradisional sehingga menjadi Tepung Gandum cap Sauh,lalu diuli tepung itu sampai jadi betul-betul karipap.Maksud gua, true karipap.Bukan karipap segera yang jual dekat pasaraya macam akhir zaman nanti.

Sebagai ganti kepada isteri secomel itu, kalau kereta kita rosak abang sendiri akan angkat spanar 14 dan tukul kuku kambing sanggup membaiki enjin kereta tersebut secara tradisonal.Biarlah pomen-pomen kereta tuduh abang bodoh macam mana pun abang tak kisah.

.

2 comments:

Anonymous said...

kaa rasa beli karipap tepi jalan tuh boleh membawa petanda buruk kepada inudstri suri rumah tangga dan air tangan ibu x?

Roronoa said...

industri yang tuan hamba maksudkan,
sukar untuk diramal masa depannya..industri karipap bukan cabang main-main.