Sejuk dan nyaman.Sejuk dan aman.Sejuk yang sayang untuk gua tinggalkan.Awal pagi yang tenteram,dan sesungguhnya gua seakan tidak mahu dikejutkan dari tidur yang cukup selesa itu.Pendingin hawa yang seakan merantai gua pada kelembutan pagi dan lampu oren yang berbalam-balam senang nyalaannya.
"Abang..Bangun la..Habis waktu sahur ni nanti,"kejut Liyana sambil menggoncang bahu gua perlahan.
Hmmmmmmehh......Dengan mata yang masih terkatup rapat,gua cuma mendengus panjang tidak senang.
"Abang...Bangun laa..Sejuk lauk dekat dapur tu bang..".Pujuk Liyana lagi.Kali ini dia cuba menggoncang bahu gua lebih kuat.Lebih keras.
"Awak ada masak apa ..untuk abang?"tanya gua perlahan,separuh nyawa masih di alam mimpi.Namun melalui kelopak mata yang gigih separuh dibuka,gua masih dapat melihat kelibat seorang wanita yang segar senyumannya,cukup manis walau cuma mengenakan sepasang baju tidur kain satin berwarna merah hati.
Dan wanita itu sekali lagi tersenyum segar sebaik mendengar soalan gua yang lagak seperti anak kecik itu.Namun dia tidak segera menjawab.Dia cuma menyelak rambutnya yang separas bahu itu ke belakang,lalu dicekak kemas dengan tangan kirinya sementara kanannya pula sengaja didaratkan ke dada gua yang berombak tenang.Kemudian ,dia menundukkan badan ke badan katil,lalu merapatkan kepalanya ke telinga gua.Sambil tersenyum lagi,bibirnya yang kecil merah itu membisikkan sesuatu terus ke anak telinga..Lembut.Cukup lembut dan selesa..
Lantas gua segera menyelak selimut dan bingkas menuju ke bilik air.Dan dengan api semangat yang bergelojak,gua terus melangkah ke meja sahur..
.
4 comments:
amboi incik. tak sabar nk kawen ke apa?
knape mesti liyana? haha..
- luffy-
Apakah Fara Hanim rasa tercabar dengan adanya Liyana?
farahanim razak..
x sabar sgt dah ni sebenarnya..kah3
@luffy
kenapa mesti bukan liyana?
@harima
mana la gua tau..kena la tanya liyana..kena la tanya fara hanim..
aneway..fuck u sang harima..haha
Post a Comment