Saturday, August 13, 2011

Sejenis

"Aku besar nanti aku nak lukis satu komik..Komik aku tu aku nak cerita pasal seorang gay,yang jatuh cinta dengan kawan lelaki dia," bebel Jeri Buncit tidak memandang gua.Tangannya lincah melakar imej seorang remaja perempuan yang beruniform sekolah Jepun.Sekali-sekala dia tersengih sendiri.Jeri yang ketika itu berada di Tingkatan 4 di Sekolah Sains Batu 8 ,merasakan dia ada masa depan yang cerah dalam dunia lukisan anime sebenarnya.

"Tapi ni bukan cerita gay yang biasa.Ini cerita gay yang jiwang.Ada perasaan..Ada merajuk.Ada pengorbanan..."sambung Jeri Buncit lagi apabila gua dilihat tidak memberikan sebarang reaksi tadi.Kali ini kepalanya mendongak mendepani gua.Matanya tajam .Nada suaranya pula sedikit keras.Gua tahu dia bukan main-main.Dia tidak bergurau.

Dan sebagai budak Tingkatan 1 yang belum pandai melawan,gua cuma segera mengangguk.Tidak cukup itu,gua angkat ibu jari tunjuk isyarat bagus satu kali.
.
.
.
.
.
Ogos 2011.Pejam celik pejam celik sudah 8 tahun.Gua rasa Jeri sudah menjadi besar sekarang.Kalau sapa-sapa ada jumpa komik gay yang jiwang di pasaran,boleh inbox gua perlahan-lahan.

.
.

No comments: