Thursday, August 4, 2011

Penyakit

"Scabies is a very contagious skin condition that is caused by a mite that is so small it can only be seen with a magnifying glass or under a microscope."-emidicinehealth.com

Ketika gua masih di Tingkatan 3 dan belum mahir menguruskan hal ehwal pengurusan stokin dan baju bola,penyakit scabies telah diranking sebagai salah satu penyakit yang paling popular sekali di sekolah Sains Batu 8 selepas sakit mata.Selalunya kalau kena penyakit scabies,GPK HEm gua memang tak cakap banyak kalau nak tandatangan request kad outing budak-budak balik bermalam.Kes-kes macam ni memang dihantar terus ke mak ayah selain kes hisap rokok dalam tandas asrama dan dating selepas prep malam bersurai.

Inilah mite yang gua cakap tadi.Orang kampung panggil dia hama.Diorang ni hidup memang disiplin.Tengok..Sebelum makan pun bukan maen kemas lagi diorang beratur.


Gua pernah juga sekali dua kena binatang scabies ni.Ini bukan soal gua tak jaga kebersihan atau ponteng aktiviti bergotong royong.Ini soal penyakit berjangkit.Anak tokey kedai dobi dan servis mencuci gelang silver pun kena jugak penyakit scabies ni.

Dalam kes gua,tak adalah sampai gua kena buat pembedahan yang ada pakai perentak jantung tu.Selalunya doktor cuma kasi satu jenis ubat kaler merah pekat yang kita kena campur dengan air suam dalam setengah badi.Kemudian barulah pesakit akan merendam bahagian tubuh yang dijangkiti dengan air campuran tadi sehingga bosan.


Sekian info kesihatan,saya Pekan Ramli melaporkan untuk al-Jazeera...

.

2 comments:

Anonymous said...

jarang aku bc pasal info menatang yg berdisiplin nih..haha..

- luffy -

Roronoa said...

biasa la...every creature is an army..disiplin disiplin...haha