Monday, August 8, 2011

Perempuan (episod 2)

Bercakap tentang menzahirkan perasaan yang terbuku,tiada siapa lagi yang searif aku.Nahhh..Aku hadiahkan kamu semua sebuah cerita.

Dulu aku pernah terperangkap dengan seorang makwe di dalam sebuah sistem saliran bawah tanah.Kaki kanan aku ketika itu cedera ditembak.Di belakang kami ada sekumpulan mafia yang membawa anjing ,ditugaskan memburu dan membunuh.Hati dingin tidak punya perasaan kasihan seperti mesin, yang semakin lama semakin menghampiri.

Setiap langkah kami,adalah adalah tiga langkah mereka.Sama ada kami berdua terus berlari dan akhirnya kecundang mati bersama,ataupun salah seorang daripada kami harus mengorbankan diri dan salah seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Tiba-tiba aku berhenti berlari.Tangan kiri aku memegang luka tembakan di betis kanan yang semakin lama semakin lemah diracun peluru buta.Sementara tangan kanan pula sebaliknya cekal menggengam kemas sepucuk pistol bersama saki-baki peluru yang tertinggal.Kau pergi sayang.Biar aku halang mereka di sini.Hati yang ingin bersama itu bersembunyi.

Makwe tersentak,mematikan langkah,dan menarik lenganku cuba mengheret ke haluan semula.Makwe kata,makwe tidak akan pergi tanpa aku.Makwe mahu lari,atau mahu mati bersama-sama.Cuma itu,dan tiada lagi mahunya.

"Kau pergi dulu bodoh.Kau nak mati di sini..Dengan lelaki yang tak pernah menghargai kau.Aku tak cintakan kau selama ini bodoh.Aku cuma gunakan kau untuk menghampiri Geng Gagak Hitam".Aku bohong.Dan bohong itu heret aku hampir mati.

Pang....


Aku kesat pipi aku yang pilu berbekas.Merah bagai darah.Namun tidak semerah hati yang luka memperlakukan begitu.Mata makwe berkaca.Titik jernih terbit lalu meleleh perlahan dari ekor matanya.Biar pada matanya,aku cuma lelaki tak guna.Dan lelaki tak gua pada matanya itu,semakin pilu melihat makwe itu pergi,lalu hilang dicelah-celah bayang-bayang malam,tidak menoleh lagi.

Dan aku tahu cinta itu sudah semakin jauh pergi,diganti dengan ancaman puluhan ahli Geng Gagak Hitam yang semakin dekat menghampiri.Semakin hampir,hampir,hampir dan tiba jua di depan mata.Mata bertemu mata.Mata sayu aku dan mata mereka.Dan berpucuk-pucuk senjata api di antara.

Hati yang tadi konon berani,kini ketar menunggu mati.Mereka tersenyum.Mereka puas.Dan aku yang berpeluh di bawah saliran air bawah tanah yang dingin membeku,memejal bersama masa yang bergerak perlahan.Tenang dan senyap,menanti peluru-peluru bebas ke udara...BAmmmmm..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Awak..Saya ingat saya tak akan dapat jumpa awak lagi.Saya tahu awak berbohong semata-mata untuk menyelamatkan saya,"ujar makwe serak,bersama tangisan yang masih berbaki.Makwe memeluk erat aku,menghadiahkan dirinya kedalam dakapan aku.Dagunya pada bahuku,dan daguku pada bahunya.Aku memandang ruang belakangnya yang kosong dan kelam,seperti jiwaku ketika itu.


Lemah gemalai,aku melurut tangan kananku ke belakang badannya.Semakin kebawah dan semakin ke bawah,lalu jatuh di pingulnya hampir.Dan perlahan-lahan,aku menarik keluar pistol yang tersisip tadi di pinggangnya.

"Maafkan aku sayang..Mereka mahukan engkau...Bukan aku.."

.



5 comments:

.Gory. said...

Macam gampang fantasi. Tengok cerita apa ni woi?

Anonymous said...

kahkahkah..nseb xde LJ..


- luffy-

sarah said...

dasat.kalah cerita gerak khas kt tb2 tu.

idora ilyanee said...

peh, novel ape ni bang??

Roronoa said...

@gori.
kepala hotak kau cerita..ini kisah benar woii..

@luffy
LJ tak LJ....aok dulu budak kelas dia,ke budak dorm dia?

@sarah
gerak khas memang tak penah menang

@idora
ini novel cintan cintun dik....