Gua tak tahu pulak yang perkataan HIMPUN sekarang ni dah jadi benda sensitif.
Apa yang gua ingat,zaman-zaman sekolah dulu sapa-sapa yang kantoi ponteng perhimpunan sekolah selalunya kena isi borang disiplin.Budak-budak panggil Borang A.Lepas isi borang A baru la sedap Cikgu Wahid rotan punggung.Budak-budak tak ramai yang berani tepis rotan sebab dorang dah isi borang borang A.Borang A ni kira macam borang setuju la maknanya..
Tapi gua tak pasti pulak perhimpunan sekolah tu kena pakai permit ke tidak.Apa yang gua selalu tengok waktu sembahyang Jumaat memang ramai kutu-kutu yang berhimpun bawah pokok rambutan depan masjid.Yang itu gua pasti memang kompem-kompem tak ada permit.
.
2 comments:
diaorang dah jamak tu. jamak takhir.
sedap sgt ke jamak bawah pokok rambutan....? krohhhh..
Post a Comment