"Engkau ni Farid .Bawak-bawak la mengaji waktu-waktu Maghrib macam ni.Sedekah Al-Fatihah untuk arwah Abang Li kau.Kalau bukan kita yang buat,sapa lagi yang nak ingat"
Sedap macam pantun pulak nasihat emak gua.Tapi gua cuma diam kononnya tak peduli.Memang sengaja gua berlakon macam remaja takde pedoman depan mak gua.Lama kemudian,baru gua keluar rumah lepak dekat kerusi tepi pintu sorang-sorang dalam gelap.Gua duduk diam lagi,dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.Habis baca,gua cucuh Dunhill sebatang.

.
p/s-12 Julai lepas genap 2 tahun anak-anak saudara gua menjadi anak yatim.Gua harap diorang akan sempurna membesar dan menjadi orang.Esok lusa kalau gua jadi kaya,gua akan cari lu orang semula.
.
2 comments:
al fatihah kat arwah
al-fatihah....
Post a Comment