Monday, July 4, 2011

Dilema suami

Gua pulas tombol pintu perlahan-lahan,lalu menguak lembut pintu rumah.Banglo tiga tingkat dengan kolam renang di atas bumbung itu sunyi dan tenteram.Mungkin penghuninya semua sudah terlena,dan gua sengaja tidak mahu membangunkan mereka dari mimpi yang enak.Pukul dua belas malam.

Gua berjalan perlahan menuju ke ruang tamu sambil membuka butang atas kemeja yang mencekik leher .Kipas siling masih berpusing laju.Gua toleh ke arah sofa bulu beruang berhadapan dengan TV hologram 50 inci.Kelihatan Liyana Jasmay sedang terbaring tidur dengan pijama kain satin berwarna merah.Gua datang menghampiri ,lalu mencium pangkal dahi gadis kecil itu.

"Abang baru balek...?hmmm..Entah macam mana Lin boleh tertidur pulak masa tunggu abang..,"ujar gadis itu sambil membetulkan bulu kening palsunya yang terbalik pungkang.

"Kan abang dah pesan dekat sayang..Abang balik lewat hari ni.Ada meeting dengan client.Tak payahlah tunggu abang balik okey!" balas gua lembut.

"Takpela..Ayang kan isteri abang..mmm,,.Abang dah makan?Lin dah masak lauk kegemaran abang..Abang tunggu sekejap.Ayang nak panaskan lauk dulu."Belum sempat gua menjawab,kelam kabut Liyana Jasmay membuka langkah bergegas ke dapur.

Gua sempat mencapai tangan mulus gadis kecil itu sebelum dia pergi."Sayang...Abang dah makan dengan client tadi.Abang dah kenyang.sayang tak payah susah-susah,".Gua senyum tawar.Diam.Mukanya mencuka,melangkah seperti mahu beredar.

Tangan gua segera merangkul pinggang gadis kecil itu dari belakang,sambil berbisik "Sayang..Abang mintak maaf..Abang busy sangat sampai sanggup abaikan isteri abang yang comel ni..But guess what..You know that i love you very much,"

Liyana Jasmay yang tadinya menarik muka masam,kini kelihatan mula tersenyum.Sengaja dia mencubit manja lengan gua yang berotot besar itu.

"Abang rasa rumah ni sunyi laa..Macam terlampau besar untuk kita berdua.Abang rasa dah sampai masa untuk kita sambut orang ketiga.Barulah lagi cer.."

Trettt...Tretttt...Tretttt...

Belum sempat menghabiskan kata-kata,tiba-tiba handphone gua berbunyi.Ada panggilan masuk.Gua mengeluh.Tangan gua yang sedang merangkul erat pinggang LIyana Jasmay,perlahan-lahan gua lepaskan.Teragak-agak..Lalu akhirnya menekan punat 'jawab panggilan'.

"Hello Datuk Kamal..Pasal projek 10 juta tu...bla bla bla bla bla......"

Liyana Jasmay ketap bibir..
.
.
.

**********************************************




Entah macam mana petang 13 Julai gua boleh ada test subject Control System.Sepatutnya gua tengah tengok Arsenal masa tu dekat Stadium Bukit Jalil.Gua ingat gua taknak datang test itu hari.Dah sampai masa untuk gua mementingkan hiburan dan kepuasan berbanding dengan urusan kerja.Risau terbawak-terbawak sampai ke alam rumahtangga pulak tabiat sibuk bekerja ni.

.

No comments: