"Doesnt matter how much efforts you put,at the end of the day sometimes it is just how fate and luck will fool you"
Dalam banyak-banyak majlis yang pernah gua hadiri,belum pernah lagi gua tersengih-sengih apabila nama gua tiba-tiba dipanggil selepas memenangi cabutan bertuah.Sampaikan pada suatu tahap,gua cukup yakin sekiranya gua memenangi cabutan bertuah,mungkin itu telah dirancang Freemason yang mengambil kesempatan untuk menembak hendap gua ketika bergambar sambil memegang hamper di atas pentas.
Dalam banyak-banyak peristiwa gua sedang berjalan kaki,belum pernah lagi gua tiba-tiba terpijak not RM50.Ataupun gua memang pernah terpijak,tetapi gua tak sedar yang gua terpijak.
Dan sekiranya Cesc Fabregas membaling jerseynya ke arah penonton di tepi padang,gua cukup yakin paling hampir kepada bernasib baik pun,jersey tersebut akan jatuh tepat-tepat pada brader Liverpool sebelah gua,yang kebetulan tengah on the way cari tandas stadium.
Dan dalam kes mencari makwe,makwe yang gua usha tu mesti dah ada pakwe.Kalau tak ada pakwe sekalipun,sama ada makwe tu bukan orang Semenanjung,ataupun bapak makwe kaya nak mampos,makwe pakai kereta bukan buatan Malaysia,makwe suka pakai tudung belit-belit leher,sebelum mati bapak makwe dah wasiat anak dia kahwin dengan anak kawan dia, ataupun makwe tu lesbian..Yang ini gua pun tak pasti.Sama ada gua memang jenis terlampau memilih, ataupun jenis manusia yang tak bernasib baik..Ataupun tak hensem,lalu makwe itu tipu gua macam-macam..Babi betei..
Gua besar nanti kalau dapat jodoh,dah kahwin empat lima tahun baru gua tahu yang bini gua sebenarnya adalah agen perisikan CIA yang berdarah sejuk dan cuma mengahwini gua semata-mata sebagai penyamaran under cover.
Semester ni gua ada ambil satu subject Control System yang punya total 4 credit hour.Subject macam ni campur lecture,tutorial dan lab,maknanya gua akan mengadap muka lecturer Control System ni sebanyak 8 jam seminggu.Dan setelah 3 minggu gua tak pernah ponteng kelas Control System sebab risau tiba-tiba ada quiz mengejut tapi tak pernah ada pun sebenarnya,pada jam yang ke-24 semalam tiba-tiba lecturer ada buat quiz mengejut.Kebetulan gua pertama kali ponteng semalam.
Gua dah cakap dah,gua memang tak bernasib baik.
Gua ni kalau jenis suka main judi,mesti balik rumah bogel rasanya.
.
4 comments:
hahahahahahaha
faham sangat.hahaha..
aku salu kot kena macam tu.
bila aku ponteng je, ada kuiz bagai.
bila aku pergi awal2, takda pulak nak buat kuiz. rasa nak terajang je tiang dalam kelas tu.
kehkehkeh..
gua mana pernah cakap xbetul..
Post a Comment