Saturday, May 21, 2011

Televisyen 2

"Yess..I really know that the first step being in relationship is learning how to listen.But seriously,please tell me a good story."


Kelmarin gua ada tengok satu cerita kartun dekat Astro Ceria.Tajuk dia Super Strikas kalau tak silap.Kartun ni cerita pasal satu team bola yang pakai jersey ada lambang Caltex dekat belah pinggang.Baru dua tiga minit gua tengok,gua terus buat assumption pasal dia punya plot cerita.Team hero iaitu team baju Caltex terikat jaringan dengan team lawan,tapi minit-minit akhir mujur hero buat gol lipat belakang.

Bila gua tengok kartun tu sampai habis,baru gua tahu bergeliga jugak otak gua ni rupanya.Tapi bila gua pikir-pikir semula,ini persoalan sama ada kemahiran meramal masa hadapan gua memang Notradamus gila babi,ataupun penerbit cerita kartun zaman sekarang ni yang memang jenis bangang sebenarnya.Diorang tak pernah tengok iklan air kotak Milo ke?

2 comments:

- koroe - said...

aku rasa kau keturunan nostradamus.



boleh tolonga ramal tak kelantan lawan tganu nanti, mana yang akan memang?

Roronoa said...

terengganu 5-pahang 0

bodoh punya pahang..