Sunday, May 15, 2011

release tension.

Gua baru lepas habis exam.Dalam cuti seminggu ni,gua ingat gua nak melancong.Tapi gua bukan nak melancong yang jenis duduk tepi pantai main tulis-tulis nama makwe dekat pasir tu.Gua lebih sukakan pengembaraan yang mencabar macam Detektif Conan.


Jadi cadangnya gua nak masuk hutan tebal berkhemah dalam sehari dua.Berkhemah ni pulak bukan runcit-runcit punya berkhemah.Ini jenis berkhemah yang ketua pengakap daerah pon bapak dia tak kasi pergi.Kalau boleh gua nak pergi dalam sepuluh ke dua belas orang campur lelaki perempuan.Tengah-tengah hutan tebal tu seelok-eloknya kami tiba-tiba sesat baru la sedap dia punya jalan cerita.Lepas tu sorang demi sorang antara kami kena bunuh dengan kejam oleh seorang pembunuh misteri.Tapi gua dah memang syak pembunuh ni memang antara kami berdua belas jugak sebenarnya.

Dalam ramai-ramai tu akhir sekali cuma tinggal 3 orang termasuk gua.Yang lain ada yang kena tikam masa tengah cari kayu api,kena cekik dari belakang masa tengah tengok tivi,ada yang kena pancung masa kencing berdiri,dan ada yang badan putus dua terpijak jerat beruang.Jadi,gua selaku hero perkhemahan ni ditugaskan untuk protect seorang makwe yang kuat menangis di bahu gua di samping menangkap pembunuh misteri ni tanpa bantuan polis ataupun rakan Cop .


Jadi,sekarang ni sapa nak ikot gua pergi berkhemah minggu depan?Setakat ni watak makwe kuat menangis dan watak terpijak jerat beruang kosong lagi.

.

.

4 comments:

sarah said...

terlalu banyak tengok detective conan ni. conan tu sebenarnya pembawa malang,dimana ada dia,ada jek orang mati.

asip محمد said...

gua nak jadi pembunuh misteri tu.. orang pertama yg gua bunuh lu lah.. senang.. habis cerita.. lepas tu 11 orang lagi pulang gembira selepas tanam mayat lu dekat bawah jerat beruang..

.Gory. said...

Gua nak jadi pakwe makwe menangis tu. Sebelum dia pergi camping, mesti kami pergi dating dulu. Oh yeah.

Cik Ungu said...

lokasi perkhemahan dekat area mane? haha