Gua percaya yang term "kutu kampung" sudah menjadi familiar dalam kamus vocabulary rakyat Malaysia.Sebagai salah seorang anggota masyarakat yang tipikal,kita sering melihat kutu kampung sebagai seorang kutu,yang berperangai seperti kutu juga.Dan kutu-kutu kampung jugalah yang sering memegang watak jahat dalam kebanyakan drama drama Melayu tipikal.Slot cerekarama contohnya.
Gua sendiri mempunyai ramai kawan di kampung,yang terdiri daripada kutu-kutu kampung.Dan rata-rata mereka adalah anak yang paling bongsu dalam keluarga.Jadi,apa kaitannya anak bongsu dengan kutu kampung? OK.Gua akan terangkan kaitannya di hujung entri yang agak panjang ini.Sebelum itu,gua akan bercakap ciri-ciri seorang kutu kampung.
Ok.Sekarang gua akan mengutarakan ciri-ciri tersebut melalui perspektif korang,perspektif masyarakat.
Kaki lepak.Rutin mereka memang kerja lepak je siang malam.Tapi selalunya siang mereka tidur.Lepas Isya' baru mereka akan bertaburan mencari hiburan dan makan malam.Selalunya kawan-kawan gua yang macam ni,sekali-sekala ada cuti balik kampung gua akan hiburkan mereka dengan sembang melarat dan bermain poker sampai ke pagi.Kadang-kadang seronok juga jadi kutu ni sebenarnya.Macam bayi.Buat kerja tak payah pikir consequences.
Anak manja.Melalui apa yang terjadi di depan mata gua sendiri,ternyata tuduhan tersebut memang tidak jauh dari realiti.Bercakap tentang konteks kawan-kawan gua sendiri,ternyata mereka hampir mendapat akses penuh terhadap kedudukan kewangan ibu bapa mereka. Bulan-bulan duit mak ayah bagi.Nak motor dapat motor.Nak kereta dapat kereta.Nak PS3 dapat PS3.Nak kahwin pun dapat kahwin.Kalau tak pun,adik beradik yang lebih sulong akan bertindak sebagai sumber kewangan tetap mereka.Mereka jarang hidup susah.Kredit pon orang topupkan.Inikan lagi setakat nak makan nasik.
Lapar harta pusaka.Selalunya anak lelaki yang sudah mencecah umur lebih 23, mereka cenderung untuk tidak lagi tinggal sebumbung dengan ibu bapa.Mereka selalunya mahu mencari sumber pendapatan di luar daerah untuk membina keluarga sendiri.Dan seperti kes kawan-kawan gua yang menjadi kutu kampung,tindakan mereka yang menafikan keinginan untuk berhijrah ke bandar dilihat seolah-olah sedang menunggu harta pusaka.Adik beradik lain semuanya sudah berkerjaya dan punya masa hadapan sendiri di ibu kota.Tidak ada sebab untuk mereka berebutkan harta pusaka.
Pemalas dan tiada masa hadapan.Ini adalah tuduhan yang paling kerap sekali mereka terima.Mencecah umur 25,mereka masih tidak mempunyai apa-apa.Mungkin mereka ada duit,tapi mereka tak ada asset.Kerja tetap pun tak ada.Tapi nak kerja buat apa.Duit poket masuk tiap-tiap bulan.
*****************************************************
Ok.Sekarang gua akan bercakap dari perspektif seorang kutu plak.
Pada gua,kutu-kutu yang engkau hina tadi cumalah mangsa atau kambing hitam kepada satu sistem baru "kacang lupakan kulit" yang cuba menopengkan kasih sayang dengan meletakkan seorang wakil boneka untuk mengkalimahkan perasaan "we care" kepada ibu bapa mereka kononnya.
"Kami semua ambil berat tentang mak ayah"
Menjadikan adik yang paling bongsu sebagai kutu kampung,tidak lain tidak bukan sekadar modus operandi untuk mendatangkan sedikit kelegaan bahawa ibu bapa mereka di kampung tidak terabai tanpa sebarang penjagaan daripada wakil anak-anak..Sekurang-kurangnya masih ada anggota keluarga yang tinggal bersama orang tua mereka buat menjenguk sakit pening jatuh bangun ibu bapa .Ini memberi alasan kepada adik beradik yang lebih berkerjaya di perantauan,untuk terus melayan kesibukan dunia mereka sendiri dan memilih untuk jarang pulang menjenguk ibu bapa di kampung.
Dan selalunya anak bongsu yang secara psikologinya mempunyai kualiti berdikari yang rendah berbanding adik beradik yang lebih sulong,diperdagangkan masa depan mereka untuk memainkan peranan "anak kesayangan" yang tidak boleh berenggang dari ketiak ibu bapa.Dulu,gua sering juga bertanya kepada kawan-kawan gua yang menjadi kutu kampung sama ada mereka mahu berhijrah mencari pekerjaan ataupun melanjutkan pelajaran di luar zon selesa mereka.Dan antara jawapan yang selalu gua terima adalah
"Bukan taknak.Mak ayah aku dekat rumah tak ada orang jaga..Lagipun abang kakak aku tak bagi...."
"Duduk bandar kos tak berbaloi.Aku duduk sini jaga mak ayah aku,dapat lebih kurang sama je duit tiap-tiap bulan."
Keseluruhannya,gua tak kata anak-anak yang sibuk bekerja atau belajar di bandar sebagai anak derhaka.Gua sendiri pun jarang pulang ke kampung kerana sibuk dengan urusan gua sendiri.Semua orang sibuk sebenarnya.Namun jangan sampai kita abaikan ibu bapa kita.Dan message gua untuk entri ini,jangan terlalu menghina anak-anak bongsu yang memilih untuk menjadi kutu-kutu kampung.Mereka ada perspektif mereka sendiri,yang mana kadang-kadang bukan itu pilihan mereka.
Jadi,kepada kawan-kawan gua di kampung yang memainkan peranan sebagai kutu demi menjaga ibu bapa mereka di rumah,persetankan tanggapan buruk masyarakat yang suka menuduh tanpa memahami konteks sebenar.Anak manja,lapar harta pusaka,tak ada masa hadapan,atau pemalas.Biar apa orang nak kata,asalkan korang ikhlas menjaga ibu bapa,korang tetap hero di hati gua.
Selamat Hari Ibu.
.
3 comments:
Selamat Hari Ibu.
aku salah sorang kutu kampung lah kiranya.
@amal,harima..
entah la korang...selamat hari ibu...
Post a Comment