Gua pinjam semula kata-kata dari seorang blogger.Tenteram ni subjektif.Macam cantik jugak.Ada orang tenteram bila ada dalam bilik karaoke.Ada orang rasa tenteram bila dapat togok air jenama baju Liverpool season lepas.Ada orang rasa tenteram lepas sembahyang sunat.Ada orang rasa tenteram selepas diceraikan suami.Ada orang rasa tenteram bila pakai legging.Dan ada orang tenteram bila dapat berpuluh-puluh komen lepas keluar status dekat Facebook.Ada macam-macam jenis tenteram.
Pada gua,gua rasa tenteram bila bangun pagi pukul 5.Mandi,gosok gigi,sarapan,diakhiri dengan pekena Dunhill sebatang..Selalunya kalau rokok jenis-jenis murah tak sampai jugak mood tenteram tadi.
Sambil hisap rokok tu,selalunya gua akan mengimbas kembali laluan-laluan hidup gua.Apa yang gua dah buat selama ni,apa yang gua dah capai,orang-orang yang gua sayangi,orang-orang yang gua tak peduli,kalau gua tiba-tiba hilang dan mati dalam hutan tebal ada orang perasan ke tak,cukup ke tak duit belanja gua bulan ni,mak dekat kampung dah berapa lama gua tak telefon,solat ibadat berapa banyak gua dah tinggal,tempat karok mana yang offer pakej harga murah-murah,semalam main bola dapat gelecek berapa opponent dan cadangnya gua nak kahwin umur berapa nanti.
Macam yang gua cakap,pukul 5 pagi ni memang tenteram.Masa yang sedap-sedap untuk muhasabah diri.Masa ni la gua dapat fikirkan banyak benda dalam kepala.Jarang otak gua berfikir multi-tasking macam ni.Selalunya otak gua banyak gambaran betis makwe pakai legging je.
Kadang-kadang bila hati tak tenteram,ada yang suka luahkan pada teman lelaki.Ada yang suka tulis dekat status Facebook.Ada yang mengadu kepada kaunselor.Ada yang menghantar surat layang.Ada yang berjumpa dukun.Ada yang minum air jampi.
Kadang-kadang bila hati tak tenteram,sebenarnya kita cuma perlu bercakap dengan diri sendiri.Kalau rasa tak tenteram lagi,bercakap dengan Tuhan.Sembahyang Subuh,baca Quran.
Kalau korang nampak Facebook gua hijau je pagi-pagi,itu maknanya gua tengah bercakap dengan diri-sendiri.
.
4 comments:
ketenteraman itu mahal pada orang liat serta murah pada orang yang mudah bertoleransi.
kamu makin matang!
bhahahahaha..
@matahari
subjektif dan sukar..fuuuu
anon
kau juga bha..haha
-org RTM -
comel la awak ni. hik3
Post a Comment