Matahari pagi masih berbalam-balam sinarnya. Namun,awal-awal lagi Wan Ibrahim sudah tercongok menunggu di kereta.Dia hanya tersengih-sengih apabila melihat Zulfakar Zainal yang tiba sedikit lewat daripadanya.Wan Ibrahim masih ingat bagaimana peristiwa dia tertinggal slip periksa sehingga melewatkan mereka bertiga masuk ke dalam dewan periksa semalam.Wan Ibrahim tersengih lagi.
Hari ini,mereka akan menghadapi kertas peperiksaan Physic pula.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Lainlah kalau buah dada.Dan tiba-tiba Wan Ibrahim rasa seram sejuk memikirkan perkara-perkara buah tersebut.
Mujur sebelum fikirannya melayang lebih jauh,Jailani Azhar tersengih-sengih masuk ke dalam kereta.Wan Ibrahim menoleh ke arah Zulfakar Zainal yang ditarik masam.Tidak mahu ketinggalan,Wan Ibrahim juga turut menarik muka masam.Kelewatan Jailani Azhar ternyata tidak disenangi mereka.
”Hahh..Hari ni tertinggal apa pulak? Bekas pensel,slip periksa ada bawa? ”Wan Ibrahim bertanya garang kepada Jailani Azhar sambil menayangkan slip periksa miliknya.Ada riak-riak bongkak pada wajah Wan Ibarahim.
”Engkau yang selalu buat perangai bangang macam tu..Aku punya memang ada..,”Jailani Azhar menyindir Wan Ibrahim semula.Lagaknya itu tidak ubah seperti guru Kemahiran Hidup Tingkatan 3.
Setelah yakin mereka berdua telah membawa segala barang keperluan menjawab peperiksaan,Zulfakar Zainal memecut keretanya.Dia sendiri tidak mahu perbalahan mereka berdua itu berlanjutan.Lantas dia cuba memperbaiki suasana dengan memasang radio.Kebetulan lagu Papa Jahat dendangan Ruffedge sedang berkumandang.Kepala Zulfakar Zainal terangguk-angguk hanyut dibuai irama lagu bergenrekan hiphop itu.Terhibur.
Tiba-tiba Wan Ibrahim rasa tidak sedap hati.Walaupun dia sememangnya tidak senang dengan kelakuan Zulfakar Zainal yang terlalu mengagungkan budaya shuffle itu,tetapi bukan itu yang menjadi isunya.Ada benda lain yang mengganggu kepalanya.
”Cilakak..Kalkulator aku lupa bawa..”jerit Wan Ibrahim tiba-tiba.
Suasana di dalam kereta sunyi sepi.Zulfakar Zainal tarik muka masam.Kali ini memang benar-benar masam.Sejurus itu,kereta Zulfakar Zainal membuat satu pusingan U pada impak maksima.Wan Ibrahim cuma mampu tersengih-sengih sahaja .Jailani Azhar rasa mahu lempang.
-Koskenkorva,April 2010-
.
3 comments:
Ni cerita ni zaman bila exam pakai kalkulator lagi?
Orang sekarang mana ada dah exam pakai kalkulator kalkulator ni. Ni zaman dadah beb.
kehkehkeh.
ada je bnda yg tertinggal.haha
@harima
sekarang mana main dadah dadah ni woi...sekarang budak2 skinhead pon semua layan Korea...baru betol2 ketagih..
@siput
mana ada..mana ada tinggal..mandai2 je kan..
Post a Comment