Hampir tidak pernah sunyi ruang kaunter bayaran yang terletak di sudut kiri depan kedai itu.Ada sahaja pengunjung yang berpusu datang dengan tujuan tertentu.Mungkin kerana stesen minyak Caltex tersebut terletak betul-betul di tengah bandar.Ada yang mahu mengisi minyak,ada yang mahu membeli top-up,ada yang mahu membeli rokok dan ada yang mahu menyertai cabutan bertuah sekiranya mengisi petrol pada harga liter melebihi RM30.
Mungkin itu keburukan stesen minyak yang dilengkapi kedai serbaneka.Ini memerlukan kehadiran seorang cashier yang multi-tasking.Contohnya,mampu open pam minyak sambil scan harga Choki Choki yang dibeli oleh seorang ibu untuk anaknya yang sedang menangis nyaring,sementara membuat cashdrop duit dua tiga ribu dalam tangan.Brader askar misai tebal nak beli rokok Camel yang dari tadi sekejap sekejap tengok jam tu pun nak kena layan jugak sekejap lagi.Masa ni,kalau Bangla pam minyak buat pasal cakap "pam duaaaa..." tapi angkat tiga jari,memang gua maki sampai naik nama mak bapak sambil tutup drawer cash machine kuat-kuat.
Hikhikhik....Hikhikhik...Hikhikhik...
Gua toleh belakang.Kedengaran Kak Ina sedang ketawa nakal sambil menonton video melalui handset,sedikit menyorok daripada jangkauan CCTV di atas kepala.
"Ishh....Tak sakit ke haa perempuan tu..Macam pelik je buat terkangkang macam tu..BAlik ni aku nak try la buat dengan laki aku..,"komen Kak Ieda yang menyendeng sebelahnya,turut sama bergembira menonton video berformat 3GP itu..
Sekali pandang,memang tak sangka mereka berdua sudah berumah tangga.Kak Ieda sudah beranak dua.Yang paling sulung tahun depan boleh masuk tadika .Entah dah khatam Quran ke belum agaknya.Kira-kira kasar,gua rasa umur Kak Ieda ni mungkin sudah mencecah awal 30an.Kak Ina pulak mungkin baru 25 tahun.Dia ni kahwin awal.Anak baru sorang.Itupun belum bercerai susu lagi.
"Ehhh kau nak tengok-tengok apa..Mana boleh tengok.Kau belum kahwin lagi.Kihkihkih...Pergi sana tu,tanya Bangla bodoh tu nak apa tersengih-sengih depan tu.,"tegur Kak Ina sambil menyorokkan handset jauh dari jangkauan anak mata gua.Gua cuma diam tersengih-sengih.Malas pula gua nak bertekak dengan mak-mak orang ni.
"Pam dua......,"pesan Bangla pam sambil menghulurkan not sepuluh ringgit di celah-celah lubang pada cermin kaunter.Gua usha pam minyak.Tak ada mana-mana kereta di berada di pam dua.Yang ada,cuma sebiji Proton Saga di pam nombor empat.Bangla tadi cuma tersengih-sengih di hadapan gua macam mintak penampar.
"Jangan main-main laa babi....Gua tengah sibuk ni...,"tengking gua sebagai seorang rakyat Malaysia.
.
5 comments:
harima
babi aok ni....haha
sejak bile ko keje kat pam minyak neh..
2008....
hahahaahaha !
Post a Comment